Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Hikmah Kembara


Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia



Post Hoc LSD


Salam..

The JKM


Alhamdulillah dah habis posting JKM.. da masuk hari isnin.. bila suma orang p kerja.. ak plak dok bilik dekat Kolej Tun Dr. Ismail ni melepak2.. bukan apa.. tenang fikiran mungkin. melakar strategi untuk posting seterusnya. Medical Posting. posting yang mencabar dan banyak bacaan. huuhhh..

Kini ak merindu tg. karang pulak. Jika o&g posting paling bermakna bagi ak, JKM ni ak rasa posting paling memberi pengajaran erti bersosial. penuh pengajaran. di sana jalan tak sesak, udara nyaman, tak banyak masalah, petang2 boleh main, mlm2 makan bersama. rindu ketika tgl di asrama dulu.

first time masuk ke rumah sewa dulu kami reramai pergi memberli belah di Billion tg.karang. ak rasa tempat beli belah kedua terbesar lepas TESCO. jangan memain tg. karang ada TESCO woo. kat billion beli belah makanan, barang2 rumah, sabun baru, cermin baru, sikat pon ada yg baru nak beli. haha. sungguh mengingatkan ku zaman silam.

di JKM ni kami makan bersama, bbq bersama, main bersama, kayak bersama, kalut siapkan report sama2, kalut masuk kampung kuar kampung sama2, rindu lah yang lain. lepas posting JKM ni ak dapat rasa hubungan erat dengan rakan2 posting. TAK KIRA CINA INDIA MELAYU. tu yang paling ak banggakan. Alhamdulillah takdak crita curi tulang besar2 mcm bdk2 posting sblm ni. curi tulang sikit2 tu biasa lah. namun ak nampak mereka semua faham tujuan ke tg.karang ni.



perjalanan posting kali ni pon tidak seperti bdk2 Posting JKM yang dulu, yg dengarnya banyak rileks. hehe kami rileks dan kami enjoy bersama. terharu.

itu tugasan tak formal. tugasan formal pula banyak juga. di sini kami perlu siapkan beberapa report. basically kami di bhagikan kepada 3 kumpulan. 1- general survey 2-specific survey 3-intervention program.


general survey ni geng yang akan conduct survey kesihatan yang telah diberi siap sedia soalan2 surveynya. dorang ni akan mengetuai dlm conduct survey kesihatan di kampung. time ni lah kena amek blood pressure, tinggi, berat ape semua tu. kemudian akan dipersembahkan dengan data statistic. dan laporan. banyak jugaklah kan nak kena siapkan tu sebab populasi beribu riban jugak.

kedua specific survey. owh ak ketua untuk geng specific survey ni. macam biasa tugas ketua bahagikan dan organise. alhamdulillah specific survey kami dipuji doctor. tajuk yang dibawa ialah H1N1. survey ni perlu disiapkan dengan satu proposal dan soalan2 survey. kemudian masuk kampung tanya dorang dan sediakan data statistic bersama report untuk dihantar kepada doctor.



dan ketiga ialah geng intervention. dorang ni akan baca statistic analisis kami dan membuat program untuk meningkatkan pengetahuan tentang h1n1. penat juga lah kena pegi balik dari rumah ke rumah untuk bagi pendedahan secara manual. e.g cara basuh tangan e.t.c

selain dari tu, kat JKM ni kitorang dikehendaki mengikuti fieldwork dari jabatan kesihatan daerah, kelinik desa, kelinik kesihatan dan hospital tg. karang. ni sempoi gak sebab berjalan2 merata2 di tg. karang. jika di jabatan kesihatan derah kami dibawa mengikut unit2 yang ada di bawah jabatan tu. unit vektor (yg tangkap nyamuk aedes tu, bukan aedes je byk gile lg penyakit bawaan vektor, yang ni ak dpat pegi foging, amek slide darah filariasis), unit penyakit berjangkit (ak pergi sekolah check org kene conjuctivitis outbreak), unit makanan (blaja cmana nak amek sample makanan) , unit bakas (unit kawalan alam sekitar dan saliran air, yeke camni, tapi gi masuk kampung tgk tandas2, saliran2 yang dibuat agar alam sekitar terjaga) unit kawalan mutu air ( pegi box tangki air amek sample air, dengan ujian2 tertentu, ph lah and macam2 lagi)



di kelinik dan hospital ak dpt jumpe nurse2 comel (itu je ko tau kan shamil?) hehe takdelah.. ak dpt belajar organisasi di situ. penting bila jadi Medical Officer nanti sebab semuanya akan diarahkan oleh ak sendiri. kalau ak taktau maka tak tau nak suruh nurse tu or check kerja nurse tu nanti. best2 :)





Selain dari tu report2 yang perlu kitorang siapkan :-

- Journal critique
- Laporan Pejabat Kesihatan Daerah
- SOCSO case study
- Reproductive hazard study
- Family case study
- Walktrough survey (survey hazard di tempat kerja, kaetan dengan occupational injury la lebey kurang)
- Diet practikum (belajar diet, nilai2 kalori dalam makanan, diet recall and etc.)



dan lain2.. yg minor2 lagi.. ape2 pon best lah posting ni. good friends, good foods, everything good lah.. ak naik 5 kg kat sini. wah seronok nye.. hehehehe




Guys
Raya Haji

raya haji hari tu ak balik kejap. cuti 4 hari kot. seronok pulak dapat balik penang sbb da lame tak balik. Alhamdulillah hari raya tu sempat gi semayang raya. siot terbangun lambat haha. dan selamat lah seekor kibas di korban kan. pergh kibas tak mcm comel lak kan haha. daging kibas ni satu dia tak berbau mcm daging kambing biasa. so sedap lah.

so lepas dpt daging korban skali ibu suruh ak organise bbq. wah da la baru lepas bbq party kat tg.karang, kat umah bbq lagi? ok on je kan. kibas bakar lak sape tak goyang jack haha. dan ak buat marinade seniri atas resipi mak ngah.. byk gak lah kibas ak marinade, skali ngan ayam. sedap juga ak rasa2 tu huhu.

malam nya ak jemput rakan2 sekolah permatang bertam. ramai juga hadir walaupon lambat. tapi alhamdulillah habis semua. huuu lepas dari bbq tu pulak bdk2 tu ajak kuar. hmm ak pon nak kena balik ke tg. karang dah esok nye tu. dorang bw g karaoke.

perggghhh memang lah ak slalu karaoke suare cam david archuletta kan? erghh skali tesangkut time lagu salim.. hahaha hancus terus suara ak.. tapi seronok lah dpt beramai2 nyanyi. malam tu asyraf (student architect upm) anas (petro, utp) naim ( multimedia, cosmo) apaq (engine) fawaz (electronic) azri (engine usm) putra (electrical) da cam nak pecah bilik tu kot..

ape2 pon ak beterima kasih gak la sbb time tu pon dok serabut kepala ngan report2 melambak. harap kita kan kekal bersahabat. selamanya :)


Jumpa lagi :)

Seven Seas




Syukur.. Alhamdulillah.. lulus semua.. result kuar ari jumaat.. debaran dada ak start dari mlm tu lagi. mlm tadi siap mimpi darah2 ape ntah. haha btambah la kecuakan ak. aritu makcik tu ckp result kuar kol 10am. ak pon call la tapi dorang soh call petang2 sket. ak dah tak senang duduk. kol 11 ak cuba skali lagi, nmun makcik tu ckp cuba call petang tu.

ak pergi menunaikan solat jmaat bersama ayah dan shauqi d masjid terdekat. walaupun dlm keadaan takut2 tu, ak rasa selesa disana. aman. tenang. khutbah mengenai raya aidiladha disampaikan dan diakhir khutbah, khatib ada membacakan doa. dan lebih menyusuk kalbu bila doa yg dismpai kan tu dlm bahasa melayu dan difahami dgn lebih jelas.

dulu tok ada ajar cara2 nak berdoa time darjah brape ntah da tak igt. mungkin ada yg lebih proper, tapi ak just ikut tok nye care je.. doa bermula dengan bismillah, kemudian puji-pujian kepada Allah, yelah kan, nak minta seseorang perlu lah kita puji dahulu, kemudian meminta ampun dosa2 yg kita lakukan, selama kita hidup ni kadang2 dosa2 yg kita tak sedar slalu kita lakukan lalu perlu kita mohon ampun sebelum meminta sesuatu.kemudian berselawat dan kemudian baru meminta apa yg kita nak.ditutup dgn pujian2 kepadaNya dan selawat keatas Nabi balik.

Balik dari solat jumaat ak telefon skali lagi.. dan ada orang angkat. Syukur berita gembira. Ak hanya senyap seketika, memikirkan dosa2 ak yg lampau. Ak malu. Malu pada yang Esa. terduduk ak seketika..Astaghfirullah alazim..

Petang nye ayah bw ke feringgi, ok la.. sempoi juga.. da lama tak p pantai.. seronok. ak byk habiskan mase ngan shauqi. layan para-sailing, jetski bedua ja..time para sailing ak ley rase mcm terbang kat langit.. ak jerit sekuat ati time tu.. huhu bukan ada org dengar pon..huh indah ciptaan Tuhan.. mmg sempoi arh.. hehe ni beberapa gambar yg ak snap. sebab ak tukang amek gmbr, gmbr ak tak byk..


Kelas da sminggu start.. subject2 ak kene blaja this sem..

Gastrointestinal System
Endocrine System
Neuro Science
Reproductive system
Medcine Society

perghh byk die bley tahan gak.. 1st week terus blaja anatomy the whole week.. penat siot.. best juga lah.. tapi sedih sbb mcm tak 100% concentrate. Busy ngan alquds dan 4kl.. penat.. ak tak suke.. ak kena bersedia untuk masuk ke tahun 3. bukan hanya dengan pengetahuan yang cetek je untuk ke sane.


Ni ak rase photo paling hot tahun 2008 di capture oleh shauqi hehehe

Hari kedua ak balik ke kolej, ak naek teksi. Pakcik teksi mule berbual2.. soal nya mcm mane nak aply medic ye? katenye anak die ada yg form5 di skolah agama batu 9. ak pon terang la cmane sket2.. kemudian mula dia bercerita tentang anak2 die.. yang sulung da jadi pensyarah, yang kedua seorang lawyer lepasan UIA, ketige seorang tentera berpangkat dari RMC, yang keempat ustazah lulusan Al-Azhar, dan yang last skali baru form 5. dan dia seorang pemandu teksi bekas tentera. ya ramai juga yg telah ak sapa berstatus begini. ak bangga dengan didikan anak2 mereka. walaupun tidak berpendidikan tinggi namun amat cemerlang dalam mendidik anak2.

Terdetik di hati ak doa akan zuriat yang soleh dan isteri yg solehah dan tugas seorang lelaki untuk memimpin..

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]

“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa”

kita tidak dapat jangka perkara yang akan terjadi masa depan nanti.. dengan kadar penceraian yg tinggi skang..macam2 la.. perlu untuk kita bermohon agar dipelihara oleh Allah dari segenap sudut..

ttttttttbaaaaaaaaaabbbbbbbbbbboooommmm salam..

A trip to Aiman 's House




posted under | 1 Comments
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments