Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Edifier


Salam..


Apa khabar semua? Alhamdulillah sudah di minggu keempat posting Paediatric skarang ni.. posting kali ni sebenar nya agak sibuk.. banyak yang perlu di baca dan revise kembali sebab paeds ni macam medicine juga lah.. cuma nya budak2 punya sakit tak same dengan orang tua kan.. so have to learn new approach to the some of the diseases..


So hows my peads posting?? Alhamdulillah aku sangat suka posting ni.. masih lagi semangat ke ward dan berjumpa kanak2 dan adik2 yang kurang bernasib baik.. buku log aku masih belum berisi, minggu ke 6 dah kena hantar case write up.. masa terlalu pantas berlalu.. agak pelik bila melihat status rakan2 yang mana ingin kan hujung minggu datang dengan cepat walhal aku rasa tidak cukup masa untuk melaksanakan semua tugasan.. haish ke aku yang malas sangat?? haha


So kanak2? apa yang penting sangat mereka ini? sbelum mula merepek nak ingatkan diri sendiri yang sesungguhnya Islam itu satu cara hidup bukan sekadar nama dalam i.c .. seriusly aku seorang yang amat menyukai kanak2.. dari mengasuh, mendidik, bermain, mengurus kehidupan mereka.. amat amat amat suka... setiap kanak2 itu aku dapat lihat cahaya di wajah mereka.. cahaya yang aku rasa jika dijaga dengan baik akan terus bercahaya dengan lebih terang dan terus menyinari kehidupan ini. walaupun kadang2 budak tu takde la suka kat aku, itu normal, namun jika dicuba dan terus mencuba.. boleh la dapat main dengan dorang hehe..


Bila kita menjalani kehidupan seharian, Rasul lah ikutan kita, dari segi akhlak dan tingkah laku. bukan trend atau populariti bagi sesuatu masa. dan sunnah itu tidak terhad pada amalan zikir serta solat namun sehingga ke dalam tandas sudah Rasul ajar cara untuk buang air besar ke kecik ke.. complete kan Islam? cuma kadang2 kita kurang sedar dan peka.. Begitu juga kasih sayang Rasul dengan kanak2..


Hadis rasul dengan kanak2


No. 5610 Narrated Abu Huraira: Rasullullah kissed Al-Hasan bin Ali while Al-Aqra' bin Habis At-Tamim was sitting beside him. Al-Aqra said, "I have ten children and I have never kissed anyone of them," Rasullullah cast a look at him and said, "Whoever is not merciful to others will not be treated mercifully." Sahih Bukhari.


Kanak2 ini adalah generasi yang akan menganti kan kita.. yang merupakan tunas baru dalam agama kita.. aku masih ingat, tika Tok dan Tok Wan mengajar aku solat, membaca quran, cerita sirah nabawi, belum pon bertadika ketika itu, dan bila masuk sekolah, Alhamdulillah segala akhlak serta ajaran Tok amat berguna.. dari kecil di ajar takutkan siksaan neraka.. bila besar sudah tahu kita mana baik mana tidak nya... Rindu dengan tok..


And those who say, "Our Lord, grant us from among our wive

s and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous." (25 :74)


Bila di ward paediatric.. seriously aku lihat setiap hari adalah PERTARUNGAN. pertarungan dengan takdir yang Allah taala kurniakan.. dan ada yang lihat itu adalah satu dugaan, ada juga yang lihat satu bala.. itu terserah pada yang menerima namun setiap kita punyai kepercayaan yang berbeza. Pertarungan macam mana?


bila mana ibu dan ayah tidak pulang dan menjaga anak mereka yang mempunyai cerebral palsy (google lah nak tau penyakit ape)...

anak mereka yang tidak cukup bulan,

anak mereka yang mempunyai masalah mental yang mana kakak nya baru meninggal di usia 12 tahun..

anak yang mempunyai masalah pendengaran..

anak2 yang perlu menjalani pembedahan billiary atresia..

menjaga anak2 yang tidak henti nangis kerana sakit selepas pembedahan masih lagi belum baik...

bila satu keluarga yang tidak begitu berpendapatan terbang dari Serawak ke Hospital Kuala Lumpur membawa anak mereka yang mempunyai masalah respiratory... malah banyak lagi..


namun aku dapat lihat kesabaran mereka amat tinggi.. yang kadang2 aku rasa jika aku ditempat mereka pasti aku juga terduduk. Ya Allah sungguh hebat dugaan mereka.. dugaan aku ini apa ada?? Maafkan aku ya Allah..


Dan ada sebahagian dari kawan2 aku yang cakap ‘rasa bagaikan tidak mahu anak’ kerana melihat semua ini. Agak kecewa dengan ayat itu. Sesungguhnya zuriat itu rezeki yang tak ternilai.. tidak kira lah mereka itu normal atau tidak.. ya kita susah di dunia.. namun yakin lah semua dari Allah dan kesabaran dalam menghadapi hidup dengan anak begini akan mendapat balasan yang tak tercapai oleh akal untuk memikirnya di akhirat kelak... Dan kita perlulah menjaga islam kita dan terus berdoa agar di kurniakan anak2 menjadi penyejuk mata dan bertakwa.


Cukup.


Graduation day ib dan iyas next week.. seriuosly aku taktau nak bagi apa hadiah. bukan banyak sgt duet.. tapi nak bagi haha.. takpelah tengok lah macam mana.. but i need to attend several of my friends graduation too.. aiman ngan zaid pon minggu depan juga.. harith pon dah grad.. dari notthingham uni...wah.. cepat betul masa berlalu.. ya Allah berikanlah kejayaan kepada mereka dan berikanlah kekuatan untuk aku untuk berjaya seperti mereka...minggu ni sume da sibuk nak tempah graduation robe dekat bangi.. huhu dan mintak2 minggu depan tak sibuk sangat.. it will be one of a great moment in their life.. and im just happy for them, eventhough i just can see them from far and my time is not there yet..will be just happy ..


Fuh emo lak.. haha


So ramadhan is just around the corner.. need a lot of preparation.. speaker dah ada ahah and need to survey which mosque nak pergi solat terawikh.. :)


thats all for now


selamat beramal semua


(peringatan pada diri sendiri juga - kan ni blog aku apsal nak kena ada line ni? haha)


Ku terkenang sebuah memori lalu..

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN (JUN 2001- JUN 2010)

Oleh: Riduan Mohamad Nor.

" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in.

Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang.

Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah.

Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram.

Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya.

Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau.

Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah.

Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini.

Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah.

Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar.

Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas.

Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut.

Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).


posted under , | 2 Comments

Cool converstions on hijab :)

"I'm so tired"

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she
tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"

"Yeah! I listen to music without hijab. haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can't
she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being
nice."

"Keeping out of my business, that would be
nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what
do you mean 'good'?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to
do."

"Says who?"

"It's in the Qur'an, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah an-Nur, and other places of the
Qur'an."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people
and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not
important. What's important is to have a good
healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said."

"Then why do you spend an hour every morning
fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention
all the time you spend on fixing your hair and low-
carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing
in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it

mentioned in the Holy Qur'an?"

"You know I can't follow all that's in Qur'an."

"You mean God tells you something to do, you
disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not
repeat their mistakes."

"Says who?" <>"Says the same book that tells
you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other
cosmetics set you free?! What's your definition of
freedom anyway?"

"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in
doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear
hijab and are nice people, and so many who wear
hijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you
but are alcoholic. Should we all be alcoholics?
You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK
the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in
disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry
me?!"

"So all these people with hijab never get
married?!"

"Okay! Wha t if I get married and my husband
doesn't l i ke it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with
him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they
are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan
who just got into med school? And the other one,
what was her name, the girl who always wore a
white hijab.ummm."

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is
now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth
anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals
and lipstick colours?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth.
It is
obeying God in a difficult environment. It is
courage, faith in action, and true womanhood. But
your short sleeves, tight pants."

"That's called 'fashion', you live in a cave or
something? First of all, hijab was founded by men
who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women
by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands
to wear hijab? And women in France who are
forced to remove their hijab by men? What do you
say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to
wear hijab. she was a woman, right?"

"Right, but."

"But fashions that are designed and promoted by
male-dominated corporations, set you free? Men
have no control on exposing women and using
them as a commodity?! Give me a break!"

"Wait, let me finish, I was saying."

"Saying what? You think that men control women
by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By te lling women how and what to wear,
dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what
t o wear, and how to be 'attractive'?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what
they want you to wear?"

Silence

"Not just controlling you, but also controlling the
market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic
like that woman on the cover of the magazine, by
men who design those magazines and sell those
products."

"I don't get it. What does hijab have to do with
products."

"It has everything to do with that. Don't you see?
Hijab is a threat to consumerism, women who
spend billions of dollars to look skinny and live by
standards of fashion designed by men.and then
here is Islam, saying trash all that nonsense and
focus on your soul, not on your looks, and do not
worry what men think of your looks."

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a
product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from
male-dominated consumer ism ."

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It
is awkward, outdated, and totally not suitable for
this societ y ... Moreover, I am only 20 and too
young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him
on Judgment Day."

"Fine."

"Fine."

Silence

"Shut up and I don't want to hear more about hijab
niqab schmijab Punjab !"

Silence.

She stared at the mirror, tired of arguing with
herself all this time.

Successful enough, she managed to shut the
voices in her head, with her own opinions
triumphant in victory on the matter, and a final
modern decision accepted by the society,
rejected by the Faith:

Yes to curls or blowed dried hair, no to hijab

*http://islamintel.blogspot.com/2010/01/cool-conversation-on-hijab.html

Sorry aiman tak dpt p makan satey.. tetibe muncul ayah aku dari pulau pinang di kolej aku.. terpakse la kan hehe nanti la kay p skali lagi..

salam

posted under , | 0 Comments

Apa ni?

aku malas lah nak komen lebih2..
semua da baligh keluar darah tiap2 bulan, mimpi basah2..
kalau nak buat sesuatu pikir dulu boleh?
aku panas sket sebab ni da kait dengan ajaran agama aku..
punya la dok promote agar tutup aurat bagi lengkap.. mai2 hampa buat macam ni..

bukan tak boleh bersuara.. mahasiswa patut bersuara..
bukan tak boleh join demonstrasi ke ape.. (aku join xpe pulak haha tapi bukan dalam uni la kan) kata berkumpul secara aman..

TAPI yang perempuan kena la igt batasan.. satgi kata Islam tindas perempuan pulak.. jaga adab di mana pon.. hampa tu senang kena fitnah..bukan sahaja fitnah pada diri saja.. ni dah tahap fitnah agama sendiri..

bila dah jadi camni aku tak tau hukum perempuan menghadiri tempat2 macam ni dah.. Hidir Al Hafiz apa hukum dia? satgi kata aku buat hukum sendiri lak.. doctor boleh bawa keluar ubat saja..

Jaga akhlak.. nasihat pada diri aku juga..

kata bawa suara mahasiswa, suara keramat, tapi mcm ni punya akhlak takdak sapa mau dengar suara hampa la..

aku nak membebel panjang juga, satu pasal streets riot ni, satu pasal didikan agama dari bawah.. tapi mmg panjang sket.. malas lagi skang ni..

ingat bukan agama kita yang menjaga kita tapi biar kita yang menjaga agama kita...

salam..

Risau Sedih

Jenazah Dr. Fathi Yakan selamat dikebumikan


Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar kelmarin (13 June 2009). Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Sumber:
- http://dhanysarip.blogspot.com/2009/06/dr-fathi-yakan-meninggal-dunia.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/berita-tentang-keadaan-fathi-yakan.html

posted under , | 0 Comments

Maulid Rasul 2009M/1430H


Pemergianmu - inteam

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

_________________________________________________________________________________________________

Hadir baginda membawa rahmat ke seluruh alam.. mungkin pelik.. di maulid nabi ni ak post lagu pemergian Baginda pulak hehe.. ye btol.. namun begitulah realitinya.. Baginda sudah tiada dan yg tinggal hanya hadis dan alquran sebagai ikutan. ulama` sebagai rujukan.

kita ni sebagai ummat bukan hanya sekadar menyambut namun menjadikan perkara ini satu cara untuk mengingatkan kita yang slalu lupe ni pada Rasullullah.. Rasullullah cintakan kita, namun cintakah kita pade baginda?? sedangkan ketika ajal masih lagi baginda tuturkan mengenai ummat baginda?? tapi ketika bila pulakah kita ingati baginda??

Bila tiada rasa cinta kasih kepada baginda, kita tidak akan dpt menghargai, mengenang dan mengmbil iktibar dari kehidupan baginda. Pincanglah dunia.

Siapa yang cintakan Rasullullah maka lakukan lah sunnah baginda. hidupkan lah amalan2 baginda. yang simple2 ni pon boleh.. dahulukan yang kanan, bersih dan suci, kemas, senyum, memberi Salam, banyak lah yang boleh kita amalkan.. dan perkara ini jugalah yg perlu kita ingatkan pada generasi2 seterusnya agar generasi yg mencontohi Rasullullah dapat dihasilkan..

Moga maulidurrasul tahun ini membawa perubahan pada kita semua..dan bukan hanya sekadar perarakan..

p/s : hayati ye lagu diatas ..


Salam Maulidur Rasul 2009M/1430H





Menunggu menanti memerhati

Lima Belas Maksiat yang Akan Menurunkan Bala

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.

(H.R Termizi)

Kepada diri ini dan diri semua..


hmm ari jumaat aritu pegi Batu 14, klinik kesihatan.. hmm ni adalah salah satu program dlm CHC (comprehensive healthcare module) yang ak ckp aritu.. so petang tu bersama2 ngan budak farmasi kitorang ke Klinik Kesihatan Batu 13 3/4 ..

Dalam perjalanan ke sana kitorang melalui mcm satu lereng bukit yg daripada situ kita ley nampak seluruh kl.. hmmm da lama ak tak kesana.. jika pergi waktu malam akan nampak lah lampu2 dari kl.. amat cantek.. pemandangan sangat indah.. dulu ak pergi pon time kerja ngan ayah.. boleh kata selalu juga lah lepak2 ngan shauqi... selama di ukm.. sekali baru pernah ak pergi.. bersama2 iyas ib .. bley la depa ada kereta.. hehe

smpai jerk kat klinik kesihatan tu terus solat jumaat dan makan tengahari..panas terik..selesai semuanya semua mula berkumpul di bangunan ukm klinik tersebut..yang ak nampak ialah 3,4 org nurse yg ak tak tau nak gelar dorang ape.. last2 pangel 'akak' aje.. haha nak panggel 'misi' mcm pelik lak..

agak lama menunggu akhirnya kumpulan ak terpilih untuk clerk patient yg first sampai.. group ak ada 3 org bdk medic ngan 3 org bdk farmasi 3rd year.. fuhh mencabar gak kot.. yg dak medic ak sorang laki..masuk je bilik kecik tu nurse dtg tanya.. hah sape nak jadi doctor arini?? .. semua pandang ak.. takkan dak farmasi lak?? dorang tak blaja amek history lagi.. damn.. koyak ak camni

ngan muke rilek ak volunteer diri ak.. ye la kan.. awek medic depan tu kena la macho sket.. haha kepala hotak macho.. muka sket lagi jerk nak mcm scramble egg.. ak buat confident.. n bilik yg dorang suruh clerk patient ni.. sebijik mcm kat klinik.. ada meja satu kerusi doctor, satu kerusi patient.. meja examine patient n sume brg2 nak examine ada atas meja tu.. kayu yg letak dlm mulut tu lah.. temperature reader lah, blood pressure set, n mcm2 lagi... nampak gaye meja tu da lama bersedia daripada aku.. stetoskop pon tak bawa hahah ak igt dak pompuan medic bw.. skali dorang pon 2kali5... haishhh

dan ak pon melabuhkan pungung ku atas kerusi doktor tu.. dlm kepala ak is how to act like a doctor.. dan patient pon mule dtg duduk kat sebelah.. lelaki berusia 60-an.. shit shit shit.. nak buat ape ni???

ak pon terangkan dulu la ape keje ktorang sebenarnye n darimane pe sume.. then start amek history.. almost complete sebab kitrng ada kat situ agak lama.. n lepas lame gak ak kat situ ak da kering da nak tanye ape.. lalu ak ajak dia berbual.. n mcm biasa lah ak kalau sembang ngan org tua.. mcm2 gak la.. tapi cuba untuk tidak deviate dari matlamat sebenar.. Alhamdulillah ak berjaya korek rahsia yg dia amek medicine lain selain prescribe dari doctor.. ubat dari gunung berapi mane ntah... coooll dowhhh haha perasaan gementar kian hilang...

then tibe2 nurse dtg.. n ak tanye nak buat ape lagi ni nurse?? die pon ckp buat lah ape kamu nak buat... damn skali lagi.. nak buat ape?? physical examination ke?? haiyaaa... blur blur.. ok ok pas ak rilek2 jap ak nampak blood pressure set kat situ n ak mula amek pulse dan blood pressure die.. die mmg ada hypertension dan time ak check tu agak tinggi la tekanan darah die..

huhhh Alhamdulillah ak penah join clinical dan ak tau ape nak check hahaha gile siot kalau ak tak penah buat tu mmg habes ar ak.. kemudian ada glucose strip.. amek darah die n tgk kadar gula dlm darah dia.. again agak tinggi sebab dia ada diabetes.. fuhhh sempoi lah.. ak da rasa mcm doctor... ak cuba guna semua benda kat situ.. temperature pon amek... n lagi mencabar.. yg manual tu.. letak bawah lidah perghhh tu time clinical takde la plak.. nasib nurse situ tolongg.. fuhhh then ak buat physical examination.. just general je lah.. check jaundice, anemia, sume2 tu abes... n SATU ak lupa!! ak tak buat respi nye exmintn.. huishhhh ak tak tau nak buat ke tak.. n ak rasa patut buat.. tapi mcm ntah hahaha tak sempat... rugi2 menda ak tau ak tak buat...sbb dia ada history of hydrothorax.. saje la kan check apa yg dia ada sakit.. n last thing ak buat ialah dipstick test.. best laaaaa

huhu n i tink that is the sweetest thing ive ever done.. sempoi siot.. da rase cam doctor.. n ini mmg menyedarkan ak yg ak perlu belajar lebih rajin.. ini baru penyakit basic.. tak dtg yg mcm dalam house lagi.. nanti cmana nak handle kan?? doa ak wehhh

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

24 Disember 2008

lepas daripada cuti ni mmg busy tahap zargus.. penat ak dibuat nya.. GIT tak concntrate langsung.. n siap tak abes baca lagi sblm assessment.. ak takley buat camni lagik bahaya lah.. hmmm byk gak menda berlaku dlm masa ni n best nye ialah

tadaaa..

HTC Touch Viva ialah sebuah smartphone yg guna interface Windows mobile 6.1 .. hmm ok la sbb ak perlukan organizer .. n ak ni mcm da lama mengidam touch2 ni hahaha ipod touch mahal sgt plak.. nanti la ada duet sket.. kena la kumpul duet lagi pasni.. dlm ni gak ada software2 medical yg baru dimasukkan.. just takde GPS.. hmmm mayb lepas ni ada.. rezeki ada la kot model yg ada GPS.. ni pon kumpul duet huhu mahal la plak yg ada GPS..

minggu ni agak depress tak tau nape.. mayb ngan tugasan yg melimpah2 n study tak abes kot.. ye lah.. kegembiraan ak mmg berkadar langsung ngan study ak.. amat accurate! n last week ak melawat Rock The World 8.. n yg gile lagi best ialah ak ak SORANG2 bajet melepaskan apa yg ada ... takde sape kenal ak.. aritu pakai selipa nak elak ak masuk crowd.. huhu


rock d world kali ni bley tahan.. ak smpai agak awal.. sblm asar.. dan band yg sedang perform ialah zip zipler.. perghh layan bai.. kemudian ada band Estrella dgn lagu popular dorang stay.. terus dgn band they will kill us all yg agak sempoi..kemudian break utk asar.. ak tak sempat grab free tshirt.. huhhh da abes plak.. so waktu asar da masuk.. ak tak tau nak cari musolla katne plak tengah2 tempat asing nih.. ak pon terus je kuar dari tapak tu n jalan je terus.. sepanjang tu yg bley ak nampak ialah church.. n ak sampai satu junction ni.. ak rase sunyi n aman gile!!! ak rase mcm penah rase camni.. yaaa!! kat bukit bendera dulu.. tapi ditengah2 kota raya?? ak berhenti sekejap untuk rasa keamanan tu.. pastu terus berjalan n smpai ke pasaraya UO.. huhu Alhamdulillah ada musolla...

Ak menapak balik ke tapak n band the otherside of ochestra sedang bermain.. kemudan bittersweet kemuadian one buck short.. n the times... last skali butterfingers.. ak boleh ckp.. TERBAEK la emmett!! hehe

ada break maghrib n pengalaman ak lagi ialah dlm perjalanan ak ke musolla d UO Shoping mall ada juga seorang mamat ni mencari musolla, ak ckp yg musolla ak maksudkan ni jauh sket.. dia pon ckp yg dia ada teringat yg stadium ni ada surau.. ak pon ikut la die.. bersembang sketika rupanya dia bekas ATMA dan baru grad.. sempoi skali badan die heheheh.. n kami ke surau.. n da ramai rupanya di sana.. masuk saja waktu maghrib ak terus mengazankan.. sbb kalau dok pakat tolak.. mmg tak azan la smpai isya` .. dan budak ATMA tadi mengimamkan kami.. fuhh tapi yg sedih ak rasa dari ramai2 crowd 5% jerk yg dtg surau ni.. :( ..

tiba waktu pulang.. ak nak balik ngan sape ni?? jalan punya jalan.. terserempak ngan adik ak.. ceh shauqi pon ada rupanya.. terus ak balik ngan dia.. sblm balik kami layan nasi arab dulu kat jalan damai.. ak pon lama gak mengidam menda ni.. huhu.. dan mlm nya kami bermalam di rumah sdara ak kat keramat.. kol 3am baru balik..esok bangun sakit tengkuk.. haha

ntahlah rasa kurang la sket beban kat kepala ni.. kalau yg bace ni.. korang takyah la ikut ak ke ape.. byk lagi care nak release stress.. bace quran pon okay ape.. huhu

k lah..

nak berhibur pada2 ye.. jgn smpai lalai.. solat jgn tinggal.. bak kata raihan.. berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah (indah ni subjektif tau) namun pabila salah memilihnya membuatkan kita jadi bersalah.. again hadis di atas menginsafkan ak..

UntukMu Palestin tak lame lagi.. sama2 lah kita memeriahkannya.. mohon agar tiada masalah.. untuk melawat blog nye ley klik sini.

ptuuuuuuuuuuuusssssssssssssssssssssssusssssss

The Oath of a Muslim Physician



Praise be to Allah (God), the Teacher, the Unique, Majesty of the heavens, the Exalted, the Glorious, Glory be to Him, the Eternal Being Who created the Universe and all the creatures within, and the only Being Who contained the infinity and the eternity. We serve no other god besides Thee and regard idolatry as an abominable injustice.

Give us the strength to be truthful, honest, modest, merciful and objective.
Give us the fortitude to admit our mistakes, to amend our ways and to forgive the wrongs of others.
Give us the wisdom to comfort and counsel all towards peace and harmony.
Give us the understanding that ours is a profession sacred that deals with your most precious gifts of life and intellect.
Therefore, make us worthy of this favoured station with honor, dignity and piety so that we may devote our lives in serving mankind, poor or rich, literate or illiterate, Muslim or non-Muslim, black or white with patience and tolerance with virtue and reverence, with knowledge and vigilance, with Thy love in our hearts and compassion for Thy servants, Thy most precious creation.
Hereby we take this oath in Thy name, the Creator of all the Heavens and the earth and follow Thy counsel as Thou has revealed to Prophet Mohammad (pbuh).
"Whoever killeth a human being, not in liew of another human being nor because of mischief on earth, it is as if he hath killed all mankind. And if he saveth a human life, he hath saved the life of all mankind." (Qur'an V/35)


This stained glass window of Al-Razi is found
in Cambridge University's Medical School (in London, England).

" Ya Allah kau permudahkanlah hamba Mu ini menuntut ilmu Mu, ilmu yang tidak lut ditinta kan, kau hindarikanlah hamba Mu ini dari terjerumus kelembah maksiat, kuatkan lah iman hamba Mu ini, terangkan lah hati, kuatkanlah ingatan serta peliharalah hamba Mu ini dari melakukan dosa-dosa, jadikan lah hamba Mu ini salah seorang yang kau pilih untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini, ampunilah dosa-dosa aku, tetapkanlah hati ku di jalan ini, permudahkan lah semua urusan-urusan ku, urusan sahabat-sahabat perjuangan ku dan jadikan lah hamba Mu ini seorang doktor yang dapat membawa kembali sinar kegemilangan Islam "

Ameen Rabbalalameen..

posted under , , , | 3 Comments

Thoracic wall and diaphragm

Huh sudah seminggu cuti midsem berlalu. sepi, tenang, segar, puas, boring, ceria, tekanan, rasa bersalah, gembira, sengal... macam2 gak aku rasa cuti kali ni. tapi satu ja yang tak puas hati, study kurang. aku rasa kadar kegembiraan aku amat berkadar langsung dengan kadar studi aku. pergh siap boleh buat graph lagi.

minggu cuti aku isi dengan berfikir tentang program2 aku, mual pula rasanya, tapi seronok, entah kadang2 aku rasa aku seperti menjerut leherku sendiri, sejarah sudah buktikan yang jika aku sibuk begini, pelajaran ku sure serabut, ini menambahkan lagi kesugulan ku, damn! nak je ak mencarut2 tapi apa result nya?? takde pape lak, masalah tetap ada di hadapan..

ayah banyak kali ingatkan aku, bangmei da dpt peluang yang tak semua orang boleh dapat, da dipilih walaupun pernah tersungkur, tak kan nak sia-siakan peluang ni? aku serba salah. shyte.. apa aku nak buat? kuar kolej? kalau tinggal di luar, nak naek ape datang kelas, cuma tinggal beberapa bulan saje lagi nak naek taun 3 dan terus ke alam clinical. jika aku sibuk begini, bolehkah aku? mampukah aku? sahabat2 menyokong namun mereka kah yang akan menempuh kehidupan gagal aku? JIKA aku gagal. ini melibatkan probability. takkan nak buka ketas add math kira probability lak? aku dah tahu 2nd year pelajaran lebih tough, persediaan lebih banyak untuk ke tahun 3, tapi kenapa aku accept juga mendalah2 ni?? aku ingin segalanya berjalan lancar, seperti pelajar2 lain, budak chinese boleh dpt dean list.. aku? di kaki C- sahaja result..

Ya Allah tolong aku..

Ya aku tak suka kondisi ini, aku perlu buat sesuatu, perlu lebih organise, dan mungkin melepaskan apa yang ada, biarlah apa kata orang, tapi sebenarnya apa yang aku sibukkan pon aku tak pasti, banyak je kalau hendak dikira dengan jari masa yang ada untuk belajar dan diwaktu yang sama berorganisasi. ntah. bodoh la shamil.

mungkin kekuatan dalaman aku tidak seutuh dulu. perlu lebih kuat berusaha untuk utuhkan kekuatan dalaman. subuh pon kian cerah. Astaghfirullah. Perlu cuba lebih gigih.

cukup.

jumaat aritu agak seronok, persiap ada buat clinical booth dekat ngan stesen monorail hang tuah. dan overall seronok, dapat jumpa sendiri dengan orang ramai yang amat curious dan care akan kesihatan mereka. actually aku tak tules name pon nak join clinical, balik2 jadi ketua shift, tapi tu lah, sir nalla cakap, kerja yang paling seronok ialah kerja yang kita suka dan enjoy. aku tak kesah orang tak kenal aku ke takde name ke, ley join clinical jmp orang cucuk2 amek darah sudah membuatkan aku enjoy. huhu

sahabat2 aku yang ke SUKEM pon berjaya merangkul banyak juara dan pingat. tahniah kepada mereka. aku rasa Owen (firdaus) lah orang yang paling byk merangkul pingat, dari gangsa ke emas. bagus2. agak jealous dengan pencapaianya. tapi petang2 die turun maen, shamil? huh~

Ramadhan da semakin hampir, program Ihya` ramadhan pon sudah mula buat gerak kerja. aku tak join, aku ingin sangat join. SANGAT. tapi sahabat2 lebih memahami. biarlah aku sokong mereka dari tepi. huhu. cerita pasal ramadhan, masa dulu2 belajar ada satu cerita ni yang aku takley lupa. Tidak pasti pula dari mana sumber nya hadis qudsi atau ape tapi ia dpt memberi pengajaran sedikit sebanyak kepada kita.

Apabila Allah Ta’ala buat akal, Allah Ta’ala tanya akal

“Wahai Akal. Siapa kamu siapa Aku?”

Akal jawab

“Engkau Tuhanku, aku hambaMu”.

Ha pergi.

Tapi bila buat nafsu, panggil nafsu mari, tanya nafsu.

“Hei nafsu. Siapa kamu siapa aku?”

Kata nafsu

“Kamu kamu, aku aku”.

Punya samseng nafsu ni. Samseng. Allah rejam dalam neraka seratus tahun, panggil keluar, jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Rejam lagi. Panggil keluar. Jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Sampai lepas tiga ratus tahun tanya, baru jawab:

“Aku hambaMu, Engkau Tuhanku”

Boleh tgk lah betapa ego nya si nafsu ni.. nafsu tak boleh buang, tapi boleh dididik dan direjam yang akan membuatkan ia lemah. bagaimana nak didik nafsu?? haa.. caranya dengan berpuasa. so bulan ramadhan adalah bulan terbaik mendidik nafsu. tidak kira lah apa jenis nafsu, sex ka, makan ka, tidur ka, suma2 yg ada nafsu.

takat ni je kot luahan hati huuu..

aku rindu kawan2 lama..

pertingkatkan amalan anda - roger n out.. nani slalu2 la msg ye.. i knw u can b a good lawyer.. just put a trust in urself..everything will b fine.. (cakap boleh la shamil tu) haha
chiiowwwww

Lompat katak lompat

Aku gelisah seperti ibu kucing kehilangan anak nya. aku pening, mual, terasa hendak membuat sesuatu tetapi tidak pasti apa yang hendak aku lakukan. aku sudah sampai ke rumah lebih kurang 2 hari yang lepas. di kolej tiada aktiviti yang dapat merangsang mood aku. selepas OSPE tadi aku rasa amat ringan. seperti melepaskan sebuah batu besar ke dalam laut. namun kerisauan menjelma. aku amat risau dengan paper body tissue yang agak mudah tetapi tidak aku dapat jawab dengan seluruh raga ku. arghhh geram, ku ingin belasah sesuatu. jika di sekolah dulu ada juga junior yang boleh dijadikan mangsa. namun kini aku lebih bermoral. dinding2 menjadi mangsa buku lima ku. geram!!

setelah OSPE aku terus ke Masjid HKL.. aku membaca hati al-quran dengan khusyu` dan cuba mengasingkan diri hanya dengan Nya hahh.. terasa lega. namun tidak aku buang semua kerisauan aku itu. menyimpan secebis risau takut2 bongkak menguasai diri. pulang ke kolej terasa diri ini kosong, ibu baru sahaja telefon dan menyuruhku pulang ke rumah. malas. penyakit rakyat melayu. namun esok nya aku pulang juga ke desa ku. terasa rindu. teringat kala aku bersama dengan tok (nenek kalau orang selatan) di halaman rumah nya dulu. kini tinggal kenangan. rumah nya juga seperti tidak dijaga. nekad dalam hatiku akan ku beli rumah pusaka ini dari makcik aku dan akan ku serikan ia seperti tok serikannya dulu.

esok nya aku pulang. kak syida menghantar aku ke duta. dalam perjalanan aku terlihat seorang penunggang motosikal ini tidak mengangkat tongkat motor nye.dia seorang melayu. ingin aku buka tingkap dan jerit agar ia sedar. perkara remeh ini pernah dikhabar kan oleh rakan maahad ku. Mat Yeh, katanya jika tongkat itu tersangkut dalam keadaan motosikal itu laju, ia boleh mendatangkan maut dan amat merbahaya. kak syida bawa kereta tidak begitu laju dan menyebabkan moto itu memecut ke depan. kemudian aku nampak sebuah kereta rapat ke arahnya lalu membuka tingkap dan memberitahu kepada penunggang moto tu yang tongkat nya tidak diangkat. lega. ada juga orang yang prihatin. dan lebih membanggakan dari seorang yang berbangsa cina.

sesampai di rumah aku terus tidur kerana kepenatan. aku tidak bersuara sepatah pon dengan ayah. cuma mengucap salam kemudian terus ke bilik. aku penat, aku risau, aku pening. shauqi pula baru pulang dari umrah. seronok dengar pengalamnnya yang pergi mengerjakan umrah seorang diri 2minggu lepas. esok hari nya seharian aku hanya menonton movie yang ada di dalam laptop shauqi. 3 hingga 4 buah cerita aku habiskan. aku cuba hilangkan saki baki sisa kerisauan aku. namun gagal.

petangnya aku dan shauqi ke kompleks. disitu ada sebuah trek joging dan kami pergi joging bersama. ya aku gembira. tidak seperti dulu, kini aku kian matang. jika dulu aku dan shauqi bagaikan anjing dengan kucing, sekarang kami lebih santai berbual tentang bermacam2 perkara. dia seorang pelajar law di UIA dan seorang debater yang amat terer. aku bangga, aku juga dulu seorang debater namun tidak setanding dia. mungkin darah ayah lebih dominen mengalir dalam tubuhnya bakal seorang lawyer. insyAllah. kami bersembang macam2 perkara. dari kawan kepada pelajaran sehinggalah politik dan hal2 dunia. aku puas. dan aku rasa perkara best apabila bersembang dengan nya aku tidak langsung berasa tertekan dan segala masalah ku tidak lagi membebani aku. kerisauan kian hilang. dalam percakapan itu ada juga dia selitkan 'seorang yang berjaya ialah orang yang berjaya bangun dari kegagalan, bukanlah berjaya itu bagi orang yang tidak pernah gagal'.

malam nya aku ke masjid. tiada seorang pon sebaya aku. semuanya dalam usia setengah abad. setelah membaca yasin aku terus menunggu untuk isya` berjemaah. tiba-tiba tangan ku ditarik.rupa2nya anas . sahabat sekolah rendah ku yang amat baik akhlak nya. kini dia belajar di UTP, dalam petroleum engineering. bangga aku. dia hanya seorang budak kampung, emaknya hanya menjual nasi lemak dan ayah nya pesara tentera namun tidak pernah kenal erti penat lelah belajar. di asyik menceritakan tentang kehidupan nya di UTP, tentang prospek kerjayanya nanti ya dari situ aku boleh nampak minatnya yang begitu mendalam dalam course yang die ambil itu.awal-awal lagi aku dah booking franchise stesen minyak nya jika dia berjaya mengusahakan syarikat minyak nya sendiri nanti. insyAllah aku mendoakan dia agar berjaya dalam pelajaran nya.


malam tadi tidurku tidak lena. aku habiskan 3 movie lagi sebelum tidur. mataku merah. aku ingin meraung tapi nanti ayah ingat kena sampuk plak. aku simpan sahaja perasaan itu dalam lubuk hati ku. terkenang di malam aku ingin interview ke maktab mahmud. aku selalu tidur dengan tok aku. jadi malam interview tu ayah suruh aku tidur lebih awal. namun dalam masa untuk tidur itu, tok mengajar ku sepotong doa yang diambil dari ayat quran. tok baca, aku ulang sehinggalah aku hafal dan terus tidur. dan Alhamdulillah aku dapat dan lulus interview masuk ke maktab mahmud. tok yang juga bekas seorang ustazah amat bangga cucunya dapat belajar di sekolah arab terkemuka itu. sehingga kini aku masih mengamalkan doa tersebut. rindu tok. nanti aku sertakan ayat yang tok bagi supaya sama-sama kita ambil manfaat ayat Al-quran insyAllah.

Satu lagi doa ialah doa nabi yunus tika di dalam ikan nun(tak salah aku). ketika aku menonton rancangan di tv 9 aku pernah tertonton satu rancangan usrah yang anda boleh tontonnya disini.
dalam rancangan itu di ceritakan pada zaman nabi, seorang pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak lelaki. dan mereka amat menyayangi anak mereka. pada satu ketika nabi menyeru umat islam untuk berjihad. anak lelaki mereka ini ingin sangat mengikut seruan jihad itu. ibu dan bapanya agak berberat hati namun kerana islam mereka melepaskan juga dia untuk pergi berjihad . setelah tamat perang, mereka menunggu kepulangan anak mereka. namun setelah betahun2 anak mereka tidak juga pulang. si emak berasa amat sedih. si bapa pula tidak keruan arah.mereka sangka kan yang anak mereka syahid. lalu bertemu lah si bapa dengan Rasullullah menceritakan penderitaan isterinya dan kesedihan beliau. lalu Rasullullah mengajar si bapa dengan doa nabi yunus untuk menenangkan ibu dan bapa ini. setelah beberapa hari. tiba2 pintu rumah mereka diketuk. si ibu agak terkejut, setelah membuka pintu dan dilihat orang yang berada di hadapannya itu ialah anak nya sendiri. mereka amat bersyukur.

aku terus mengulangi kedua-dua doa ini. aku tenang seketika. ya amat tenang. lalu terus tidur.
esok nya aku cuba menelefon pejabat. dan aku mendapat berita gembira. Alhamdulillah.

Doa Memohon Perlindungan
dari Kesulitan





"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Al-Anbiyâ':Ayat87).

Penjelasan:

Doa diatas hendaknya diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan.
Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam keadaan
marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus dipertemukan
Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut ikan
tersebutlah Nabi Yunus menyesal dan berdoa kepada Allah.Doanya dimakbulkan
Allah dan dia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.



Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati itu menjadi tenang dan tenteram, till then.. salam




Cantek gelang? hehe

Aritu pas maghrib sambil makan kat cafe terdengar satu berita yang amat menarik perhatian aku.. hukum memakai gelang bermagnet..


Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut: :-)

bullet button pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

bullet button pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

bullet buttongelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

bullet buttonjika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak.





Okay, itu gelang bermagnet tapi kalau gelang biasa?? hmmm ini sebuah hadis yang pernah aku belajar dan hafal ketika di Maktab Mahmud dulu.. renung2kan~


Nabi s.a.w bersabda:"Allah melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki."(HR Bukhari)

Gelang, subang, rantai, emas, berlakon apa lagi?? segala-gala lah yang menyerupai perempuan adalah haram...ingat Allah laknat.. nauzubillah..

aku pergi satu persatu ya, ini just sebahagian yang aku sempat lakarkan.. just simple dan untuk mudah difahami, untuk penerangan lanjut, sila rujuk kitab dan ustaz2 berdekatan yeee... banyak ustaz jangan sorang due aje...

okay first is gelang... gelang ni disebabkan fesyen, lelaki pon da pakai gelang dan dah ada pulak yang dispesifikasikan sebagai gelang lelaki.. hmmmmm namun asal gelang tangan ini adalah untuk kaum dan orang perempuan oleh itu hendaklah kita lelaki menjaga kehebatan yang dianugerahkan kepada kita so jangan la gatal nak pakai gelang ke ape...gelang tu utk pompuan.. tak cool pon.. pakai patek phillips baru la orang ushar hahaha kena la jauhinye ya... kepada yang lelaki la.. kalau perempuan boleh je pakai... hehe

subang, sama la hukum dia.. haram.. rasa nya dulu2 takde subang lelaki ini... sekali lagi subang adalah perhiasan kaum wanita sejak dari dulu kala.. oleh itu kita lelaki haram ye pakai walaupun mencube....kalau taik lalat kat telinga tu takpe lah... hehehe

rantai... takyah nak ulang kot... haram menyerupai perempuan...

emas... mmm skang ni dalam jam tangan lelaki pon orang letak emas.. macam ni lah.. haram lelaki pakai emas, kecuali pada tiga tempat di badan kita ini, satu gigi,dua hidung,tiga anak jari.... tempat2 ni boleh pakai emas sebab kalau pakai benda laen nanti bahagian itu akan busuk dan rosak.. faham ke ... heheheh hadis pasal ni tanye ustaz yee...

berlakon... da name berlakon=menyerupai juga lah kan?? so hukum dia?? haram..

so ini la yang sempat aku coretkan.. kalau ada salah silap tegur baek2 ye.. aku ni garang sket hehehe...

ouh satu lagi.. ni aku ambil iktibar dari abg fadhil... die tak pakai bedak pompuan... wangian pon jangan nak sama. sebab ape??? haram menyerupai perempuan yee... cumel gitu...

posted under | 0 Comments
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments