Warkah seorang guru

Salam Syawal,


Khusus buat:

· Anak-anak
yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)

· Ibu dan ayah
kepada anak-anak di atas





Sedikit
pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan (
1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G
dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum
berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.



Anak-anakku,





Kalian
sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar
faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian
membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini!
Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang
ini.



Harapnya,
dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat
kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah
keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan
juga mendapat tawaran yang sama!



Melihat
betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya
seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.



Jangan
kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.



Perubatan
adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat.
Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya
hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk
ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’,
student-centred education, life-long learning, community-based learning,
inter-professional learning dll.



Pengajar
kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar
pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para
jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi
penghormatan.



Yang
paling utama, akhlak
kalian –
menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor
yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal
dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang
tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam
aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam
transkrip keputusan peperiksaan saban semester.




Untuk
para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,



Mohon
dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna –
terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi
doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi
pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb..
Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah
SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.



Sekiranya
kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini,
sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk
meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn
kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan
dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu
anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang
lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah
yang berat apabila bergelar doktor nanti!



InsyaAllah,
kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana
penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.





Dr.Har

0 comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments