Doctor clinical aku~

Oleh Fairuz Zaidan

fairuzaidan@bharian.com.my

Darah, jarum suntikan, perkakas perubatan hinggalah siren ambulans - semuanya melengkapi dunia personaliti XY - Ikon Lelaki minggu ini. Sebagai pakar bedah am dengan pengkhususan sistem vaskular darah, Dr Mohamad Azim Md Idris punya cerita menarik...

SEMAKIN hampir ke lokasi dewan bedah, semakin ligat degupan jantung. Suasana sunyi di aras lapan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, memberi 1,001 rasa yang sukar diungkap kata-kata.

Sesekali bunyi peralatan elektronik dan sistem komputer memecah keheningan disulami debaran kian memuncak. Petugas hospital kemudian meminta penulis menyalin pakaian khas berwarna biru termasuk topi atas tujuan keselamatan dan kebersihan sebelum memasuki bilik bedah... Perasaan mula bercampur baur.

Begitulah realiti hidup yang dilalui Dr Mohamad Azim Md Idris, 34, sebagai doktor bedah am dan pakar sistem vaskular darah. Bagi personaliti ini, kehidupan sebegini adalah normal.

“Sukar menjelaskan bagaimana perasaan saya setiap kali membuat pembedahan. Rasa gementar terpaksa saya ketepikan semata-mata mahu melaksanakan tanggungjawab dan komitmen sebagai doktor.

“Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kes kecemasan. Tidak kiralah siapa pesakit yang dirujuk, sebagai doktor sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu pesakit sebaik mungkin,” kata personaliti ini membuka cerita.

Bagi Dr Mohamad Azim, sikap prejudis ketika merawat pesakit tidak pernah timbul. Biar siapapun, termasuk golongan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeleweng termasuk lumba haram yang akhirnya membawa mereka terbaring di bilik bedah, semuanya tidak pernah diambil kisah.

Tiada istilah takut, geli atau ngeri dalam kamus hidup Dr Mohamad Azim. Setiap hari, kes yang dirujuk dianggap bab baru dalam buku pembelajaran sekali gus memberi pengalaman buat si empunya diri.

Bersama XY- Ikon Lelaki, pakar bedah vaskular darah ini berkongsi cerita di bilik bedah dan tabir peribadinya...

Boleh anda ceritakan serba sedikit skop kerjaya anda?

Secara umumnya, saya bertugas sebagai pakar bedah am yang mengkhusus dalam bidang sistem vaskular darah. Saya juga pensyarah perubatan di HUKM.

Sudah berapa lama doktor berkecimpung dalam bidang ini?

Saya mula bertugas di HUKM pada September 1999. Jadi, sudah hampir 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang perubatan sebaik saja tamat pengajian lima tahun di di University of Sheffield, United Kingdom (UK) pada 1998. Saya juga memiliki pengalaman bekerja selama setahun di UK.

Mengapa Dr Azim memilih menjadi pakar bedah sistem vaskular darah berbanding bidang lain?

Semestinya berkait rapat dengan cabaran dan kepuasan. Bukan menidakkan pengkhususan bidang pembedahan lain, jujurnya pembedahan vaskular darah memerlukan penelitian dan ketepatan bagi mengelak komplikasi serius kepada pesakit.

Jika kesilapan berlaku, kegagalan pembedahan dapat dilihat segera. Bidang ini memerlukan penelitian dan kerja halus bagaimana kita menyulam baju.

Sebagai doktor bedah yang mengkhusus dalam bidang sistem pembuluh darah, apakah sebenarnya faktor penyumbang masalah sistem pembuluh darah? Bagaimana agaknya cabaran merawat pesakit ini?

Penyakit yang disebabkan salur darah banyak berkait rapat dengan komplikasi penyakit kronik seperti buah pinggang, masalah jantung dan kencing manis. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada saluran darah hingga membengkak, tersumbat dan berlaku komplikasi lain.

Semestinya, pesakit yang dirujuk kepada saya masing-masing memberi cabaran tersendiri.

Andai berlaku komplikasi saluran darah, bagaimana ia boleh membahayakan nyawa seseorang yang menghadapi masalah ini?

Lazimnya, komplikasi saluran darah berkait dengan penyakit kronik yang dialami pesakit. Sebagai contoh, kencing manis, darah tinggi, kadar kolesterol tinggi dalam darah dan perokok tegar di mana semuanya boleh menyekat perjalanan darah.

Apatah lagi, faktor usia turut menyumbang kepada risiko kepada penyakit begini. Apapun, menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat adalah langkah terbaik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.

Kita sering mengabaikan aspek kesihatan, apatah lagi berkaitan organ dalaman termasuk saluran darah. Apakah gaya hidup memberi kesan negatif kepada kesihatan?

Pertamanya, kita haruslah peka dengan soal pemakanan dan gaya hidup yang mendedahkan kita kepada masalah penyakit kronik seperti sakit jantung. Memang kita tidak boleh mengubah sesetengah penyakit genetik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Tetapi, kita harus mengawal risiko dengan mengurangkan pemakanan berlemak, manis dan pengambilan garam berlebihan yang boleh menyumbang kepada risiko jangkitan penyakit kronik.

Bagaimana doktor sendiri, apakah doktor peka dalam soal pemakanan?

Saya memang suka makan. Tetapi saya tahu jenis pemakanan yang perlu diambil dan mengamalkan pemakanan sihat iaitu mengurangkan minyak, gula dan garam.

Bagaimana perasaan doktor setiap kali memulakan pembedahan?

Tidak saya nafikan ada perasaan gemuruh setiap kali mendapat panggilan untuk melakukan sesuatu pembedahan. Ini kerana kita berdepan dengan kerja yang bukan mudah dan rumit.

Kadang kala ia membabitkan kes kecemasan seperti pesakit yang terbabit dalam kemalangan. Sudah menjadi tugas saya untuk sentiasa bersedia menerima sebarang kes yang memerlukan pembedahan am dan kepakaran vaskular darah. Semua ini menjadikan ia rutin atau sesuatu yang biasa harus ditempuhi.

Sebagai pakar perubatan, tidak timbul soal prejudis terhadap sesiapa saja. Ini kerana sebagai manusia sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu sedaya mungkin.

Setakat ini, walau apa pun latar belakang pesakit, komitmen saya tidak pernah berubah. Malah sudah menjadi wawasan dan cita-cita saya ingin membantu pesakit selagi terdaya.

Bagaimana agaknya kesedaran rakyat Malaysia terhadap penjagaan sistem pembuluh darah?

Pernah kajian dilakukan di beberapa hospital di Kuala Lumpur mendapati ramai antara kita tidak peka terhadap simptom penyakit membabitkan saluran darah. Satu pertiga daripada mereka yang menghadapi masalah saluran darah berpunca daripada penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis.

Boleh doktor berikan tip menjaga saluran darah?

Perkara utama, kita harus mendidik diri berhubung aspek pemakanan iaitu kurangkan garam, gula, minyak dan lemak. Pada mulanya, memang susah kerana makanan enak semua memiliki kandungan perisa tambahan yang tinggi.

Tetapi andai kita mengamalkannya selalu, pasti ia tidak sukar. Selain itu, kita perlu bersenam. Sesibuk manapun, haruslah kita bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tidak kira apa jenis senaman namun berlari dan berenang antara senaman yang bagus untuk pergerakan salur darah.

Antara lelaki dan wanita, siapa lebih berisiko mengalami kanser salur darah?

Boleh saya katakan lelaki. Ini disebabkan faktor gaya hidup terutamanya amalan merokok. Sehubungan itu, penting bagi kita menjalani pemeriksaan kesihatan apabila usia mencecah 40 tahun.

Pada peringkat usia ini, seseorang lebih terdedah dengan penyakit kronik. Namun, bukanlah bermakna wanita lebih selamat kerana trend sekarang menyaksikan semakin ramai wanita merokok, secara tidak langsung meletakkan mereka pada garisan risiko sama.

Ceritakan pengalaman serta penghargaan yang anda terima setiap kali berjaya melakukan pembedahan?

Kerjaya ini lebih kepada tanggungjawab kita untuk melakukan tugas dengan hati yang ikhlas. Saya bersyukur dan gembira jika sesuatu pembedahan itu berjaya. Tiada yang perlu dibanggakan kerana ia sudah menjadi kerjaya kita. Cukuplah sekadar menerima ucapan terima kasih sebagai penghargaan.

Berapa lama agaknya masa diambil untuk melakukan sesuatu pembedahan?

Ia bergantung kepada kes yang dirujuk. Jika membabitkan pembedahan am, mungkin ia dapat disempurnakan dalam tempoh kurang sejam. Tetapi, jika ia berkait rapat dengan sistem vaskular darah ia boleh mencecah sehingga lapan jam.

Pernah sekali, saya bersama seorang ketua berada dalam bilik pembedahan selama 11 jam! Selepas selesai pembedahan baru saya rasa letih.

Apakah agaknya pantang larang berada dalam dewan bedah?

Pertama sekali, tidak dibenarkan terlalu ramai orang berada dalam dewan bedah. Lazimnya enam hingga 10 orang pada satu-satu masa. Ini kerana suhu dalam dewan bedah perlu dikawal. Dewan bedah tidak boleh terlalu panas hingga memberi implikasi kepada pesakit.

Dewan bedah juga tidak boleh bising dan akhir sekali, soal kebersihan harus dijaga di mana pakaian khas perlu disarung sebelum melangkah ke dewan bedah.

Selepas hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan, bagaimana doktor melihat pencapaiannya?

Boleh saya katakan kita sedang menuju ke aliran positif. Ini dapat dilihat dengan kemunculan banyak pusat pengajian yang menawarkan kursus perubatan. Berbanding sebelum saya melanjutkan pengajian di UK dulu, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menawarkan bidang perubatan.

Sekarang kolej swasta dan beberapa universiti baru seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga menawarkan jurusan perubatan.

Malah, nisbah satu doktor kepada 700 penduduk yang dicatatkan di Malaysia pada 1990-an kian mengecil membuktikan kita berada di landasan positif.

Mudah atau tidak bergelar doktor perubatan?

Perjalanannya mengambil masa panjang. Lihat saja tempoh menamatkan pengajian yang mengambil masa purata lima tahun berbanding jurusan lain yang hanya memakan masa tiga dan empat tahun.

Usaha dan kesabaran adalah kunci utama bergelar doktor.

Ceritakan serba sedikit personaliti anda?

Saya tegas terutama ketika bekerja. Ini kerana saya mementingkan kesempurnaan dan sentiasa mahu memastikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Namun, saya masih boleh berjenaka apabila waktu sesuai.

Nampaknya, jadual harian anda padat. Masih ada masa bersama keluarga?

Selalunya, saya cuba pulang awal dan menikmati makan malam bersama keluarga. Saya pula disiplinkan anak-anak untuk tidur pada jam 9 malam.

Selepas waktu itu, detik paling sesuai untuk berbual dengan isteri dan bercerita perkara baru. Saya bertuah kerana isteri memahami kerjaya malah sentiasa menyokong saya dalam banyak perkara.

Doktor masih ada waktu untuk berlibur?

Masih ada, namun sekarang lebih terhad kerana anak-anak sudah bersekolah. Menjadi tugas isteri untuk mencatur destinasi percutian kami sekeluarga.

Malah, hujung minggu menjadi waktu terbaik untuk kami berkumpul. Sesekali, saya akan mengikut rakan-rakan melepak di kafe.

Profil

Nama : Dr Mohamad Azim Md Idris

Umur : 34 tahun

Tarikh lahir : 2 Jun 1974

Tempat lahir : Alor Star, Kedah

Tinggi : 173 sentimeter

Berat : 65 kilogram

Status : Berkahwin

Nama isteri : Halimatus-Saadiah Abdul Rahman, 30

Nama anak : Muhammad Irsyaduddin, 10; Muhammad Islahuddin, tujuh tahun; Dina Izzaty, enam tahun.

Sumber : Berita Harian Online

____________________________________________________________________

tadi jumpe ngan cik mate.. die soh tgk blog fadhli.. katenye doctor clinical kami masuk paper..

ak pon bukak... n waaa btol laaaa hahaha stylo milo toll..

pengalaman ak ngan doc ni agak menakutkan sbnr nye.. haha ada ak penah cite dlm post sblm ni time exam ospe clinical ak.. ak dpt doctor yg ak doa taknak jadi evaluater.. n beliau ni lah org nyee.. muke garang beb tapi amat dedikasi...

k k da sambung study..

hmmm doa ak dpt capai cita2 ak juga.. pakar memotong jantung hehe

ehh jap... sape kate doc takde life? hehe btw doc ni botak ar.. style kan.. haha

posted under , , |

3 comments:

mYshah said...

Mr Azim~ owh yeah! antara surgeon paling bergaya seyh. ramai dak2 pomp cair ngan die~ huuhu

nway lawak2 n kegarangan die mmg unik~ ^^

MiLuViA said...

hecececeh Mr Azim.
bergaya gitu.

Anonymous said...

880113-02-5*** laher kt kt alor star juagk kot.tu pasal highlight kaler merah

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments