Maulid Rasul 2009M/1430H
Pemergianmu - inteam
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
_________________________________________________________________________________________________
Hadir baginda membawa rahmat ke seluruh alam.. mungkin pelik.. di maulid nabi ni ak post lagu pemergian Baginda pulak hehe.. ye btol.. namun begitulah realitinya.. Baginda sudah tiada dan yg tinggal hanya hadis dan alquran sebagai ikutan. ulama` sebagai rujukan.
kita ni sebagai ummat bukan hanya sekadar menyambut namun menjadikan perkara ini satu cara untuk mengingatkan kita yang slalu lupe ni pada Rasullullah.. Rasullullah cintakan kita, namun cintakah kita pade baginda?? sedangkan ketika ajal masih lagi baginda tuturkan mengenai ummat baginda?? tapi ketika bila pulakah kita ingati baginda??
Bila tiada rasa cinta kasih kepada baginda, kita tidak akan dpt menghargai, mengenang dan mengmbil iktibar dari kehidupan baginda. Pincanglah dunia.
Siapa yang cintakan Rasullullah maka lakukan lah sunnah baginda. hidupkan lah amalan2 baginda. yang simple2 ni pon boleh.. dahulukan yang kanan, bersih dan suci, kemas, senyum, memberi Salam, banyak lah yang boleh kita amalkan.. dan perkara ini jugalah yg perlu kita ingatkan pada generasi2 seterusnya agar generasi yg mencontohi Rasullullah dapat dihasilkan..
Moga maulidurrasul tahun ini membawa perubahan pada kita semua..dan bukan hanya sekadar perarakan..
p/s : hayati ye lagu diatas ..
Salam Maulidur Rasul 2009M/1430H
1 comments:
salam menempel.sgt suke lagu tersebut. :)
cepat lah botak.hehe
Post a Comment