3 days before war : Perutusan Peperiksaan Akhir Semester 2


Hari ini khamis.. penat ak dibuatnya menyulam segala huruf2 yg berada dlm lecture notes ak ni ke dlm otak.. 3 hari je lagi sebelum final.. kejap sgt ak rasa.. dan banyak sangat nak cover.. nak muntah pening kadar tidur tak tentu arah meningkat.. ntah.. ak risau.. mcm2 la jadi semester ni.. dan sedikit sebanyak ak rasa efek yg agak besar pada diri ak..

ptg tadi pelajar tahun 3 dtg untuk memberikan kata2 semangat dan tips di ambang peperiksaan akhir tahun 2 . che mat, hadi, malik, zul, hans, amer, jipang juga disertai oleh dr. syahril. huh mereka da lepas ke alam klinikal. dan insyAllah ak akan menyusur. tak sabar rasenye. tp kena la pass exam kali ni dulu kan? huh~ insyAllah boleh..

tadi ak berlari.. sudah lama ak tidak berlari mcm ni.. sehinggalah dihujung pusingan kedua, ak bagaikan sudah lelah.. kenape ni? mungkin lama tak berlari, terus ak berjalan.. tak pernah ak mcm ni.. pelik

teringat satu conversation dlm cite Sepi.. ' mengapa kamu berlari?' 'aku berlari untuk bernafas'.. haha dulu di matrikulasi ak dapat habiskan 3 hingga 4 pusingan. dulu ak amat jitu. larian ak jadikan satu medan perumpamaan perjuangan dalam pelajaran dan agama ak. dalam larian yg jauh perlu ada konsistensi yg tinggi. kadang2 ditengah2 larian ada yang menyapa, ingin lari bersama, ingin ajak berbual, berjalan kaki saja, bunyi siulan ngorat (cheehh perasan haha) namun semua ni ak terpaksa tinggalkan hanya untuk menumpukan kepada larian ku. ak boleh umpamakan ajakan ketika larian ak ini sebagai dugaan dan gangguan yang akan ak hadapi dlm perjuangan (gile lah ayat) hidup. ak perlu tumpu dan terus kan larian ak. hidup ak. cita2 ak.

pebenda la merepek ni..

Jadual exam ak..

23mac09 Isnin Sistem gastrousus
24mac09 Selasa Sistem endokrin
25mac09 Rabu Sains Neuro
Pengurusan masa (haha)
26mac09 Khamis Sistem reproduktif

31mac09 Selasa OSPE (practical exam)

doa lah ape patut ye... sape lagi nak doa kalau tak member2.. (mesti la diri sendiri kan hehe).. dan kepada semua sahabat2 seperjuangan.. good luck..

“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang enggan untuk beribadah kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina-dina.” {Al-Ghaafir (40) : 60}

beberapa hari sblm ni walaupun gile stress tp ak rase bahagia lah dan harap berkekalan.. thank u.. yes u lah sape lagi.. (gile random haha)

Listening to : Yuna
Mood : Nervous

Salam

3 comments:

mYshah said...

wah, adik. gudluck ok... wat bebaik exam nih.
all the best~!!

Ib said...

=P

lel said...

all the best, bestfren!!
doaku mengiringimu~~
btw cptnye final 2nd yr ek.!

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments