Thoracic wall and diaphragm

Huh sudah seminggu cuti midsem berlalu. sepi, tenang, segar, puas, boring, ceria, tekanan, rasa bersalah, gembira, sengal... macam2 gak aku rasa cuti kali ni. tapi satu ja yang tak puas hati, study kurang. aku rasa kadar kegembiraan aku amat berkadar langsung dengan kadar studi aku. pergh siap boleh buat graph lagi.

minggu cuti aku isi dengan berfikir tentang program2 aku, mual pula rasanya, tapi seronok, entah kadang2 aku rasa aku seperti menjerut leherku sendiri, sejarah sudah buktikan yang jika aku sibuk begini, pelajaran ku sure serabut, ini menambahkan lagi kesugulan ku, damn! nak je ak mencarut2 tapi apa result nya?? takde pape lak, masalah tetap ada di hadapan..

ayah banyak kali ingatkan aku, bangmei da dpt peluang yang tak semua orang boleh dapat, da dipilih walaupun pernah tersungkur, tak kan nak sia-siakan peluang ni? aku serba salah. shyte.. apa aku nak buat? kuar kolej? kalau tinggal di luar, nak naek ape datang kelas, cuma tinggal beberapa bulan saje lagi nak naek taun 3 dan terus ke alam clinical. jika aku sibuk begini, bolehkah aku? mampukah aku? sahabat2 menyokong namun mereka kah yang akan menempuh kehidupan gagal aku? JIKA aku gagal. ini melibatkan probability. takkan nak buka ketas add math kira probability lak? aku dah tahu 2nd year pelajaran lebih tough, persediaan lebih banyak untuk ke tahun 3, tapi kenapa aku accept juga mendalah2 ni?? aku ingin segalanya berjalan lancar, seperti pelajar2 lain, budak chinese boleh dpt dean list.. aku? di kaki C- sahaja result..

Ya Allah tolong aku..

Ya aku tak suka kondisi ini, aku perlu buat sesuatu, perlu lebih organise, dan mungkin melepaskan apa yang ada, biarlah apa kata orang, tapi sebenarnya apa yang aku sibukkan pon aku tak pasti, banyak je kalau hendak dikira dengan jari masa yang ada untuk belajar dan diwaktu yang sama berorganisasi. ntah. bodoh la shamil.

mungkin kekuatan dalaman aku tidak seutuh dulu. perlu lebih kuat berusaha untuk utuhkan kekuatan dalaman. subuh pon kian cerah. Astaghfirullah. Perlu cuba lebih gigih.

cukup.

jumaat aritu agak seronok, persiap ada buat clinical booth dekat ngan stesen monorail hang tuah. dan overall seronok, dapat jumpa sendiri dengan orang ramai yang amat curious dan care akan kesihatan mereka. actually aku tak tules name pon nak join clinical, balik2 jadi ketua shift, tapi tu lah, sir nalla cakap, kerja yang paling seronok ialah kerja yang kita suka dan enjoy. aku tak kesah orang tak kenal aku ke takde name ke, ley join clinical jmp orang cucuk2 amek darah sudah membuatkan aku enjoy. huhu

sahabat2 aku yang ke SUKEM pon berjaya merangkul banyak juara dan pingat. tahniah kepada mereka. aku rasa Owen (firdaus) lah orang yang paling byk merangkul pingat, dari gangsa ke emas. bagus2. agak jealous dengan pencapaianya. tapi petang2 die turun maen, shamil? huh~

Ramadhan da semakin hampir, program Ihya` ramadhan pon sudah mula buat gerak kerja. aku tak join, aku ingin sangat join. SANGAT. tapi sahabat2 lebih memahami. biarlah aku sokong mereka dari tepi. huhu. cerita pasal ramadhan, masa dulu2 belajar ada satu cerita ni yang aku takley lupa. Tidak pasti pula dari mana sumber nya hadis qudsi atau ape tapi ia dpt memberi pengajaran sedikit sebanyak kepada kita.

Apabila Allah Ta’ala buat akal, Allah Ta’ala tanya akal

“Wahai Akal. Siapa kamu siapa Aku?”

Akal jawab

“Engkau Tuhanku, aku hambaMu”.

Ha pergi.

Tapi bila buat nafsu, panggil nafsu mari, tanya nafsu.

“Hei nafsu. Siapa kamu siapa aku?”

Kata nafsu

“Kamu kamu, aku aku”.

Punya samseng nafsu ni. Samseng. Allah rejam dalam neraka seratus tahun, panggil keluar, jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Rejam lagi. Panggil keluar. Jawab macam tu juga.

“Kamu kamu, aku aku”.

Sampai lepas tiga ratus tahun tanya, baru jawab:

“Aku hambaMu, Engkau Tuhanku”

Boleh tgk lah betapa ego nya si nafsu ni.. nafsu tak boleh buang, tapi boleh dididik dan direjam yang akan membuatkan ia lemah. bagaimana nak didik nafsu?? haa.. caranya dengan berpuasa. so bulan ramadhan adalah bulan terbaik mendidik nafsu. tidak kira lah apa jenis nafsu, sex ka, makan ka, tidur ka, suma2 yg ada nafsu.

takat ni je kot luahan hati huuu..

aku rindu kawan2 lama..

pertingkatkan amalan anda - roger n out.. nani slalu2 la msg ye.. i knw u can b a good lawyer.. just put a trust in urself..everything will b fine.. (cakap boleh la shamil tu) haha
chiiowwwww

posted under , , |

6 comments:

hazi-san said...

salam,

lame x update entri?
hilang ke mane?
bila ko tgh sibuk2 ni, teringat plak aku masa kt skul dlu,
ko slalo monteng klas pegi latihan perahu panjang,
sampai itam...
mase tu ko pakai losyen ape ek?
kulitmu kembali cerah..hahahaha..
sir nalla, cikgu rosmaliza, cgu akmal putri, rindu beb!

hanafana said...

salam..
slamat berpuacaa... ^_^

Shamil Alfilfilani said...

tak hilang mane pon.. ade je..malas nak update huhu

uih?? mane de ak monteng la.. baek je kot heheheh

btol2..aku pon rindu gile dorang..

ko katne skang eh?sape eh kamu?

hanafana said...

^_^ saye pembace blog andaa!! waa..ade pembace laaa~ ^_^

hazi-san said...

aku adalah aku la...hahaha
eh, member2 laen ape crita?
aku lost contact langsung dgn diorg,
ko ni pun nasib baek je aku terjumpe dalam blog..

mYshah said...

ho2, thanx bro, u gudluck in ur study too :) len kali klo ader lagi same2 la gi sunathon tu :)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments