Edifier


Salam..


Apa khabar semua? Alhamdulillah sudah di minggu keempat posting Paediatric skarang ni.. posting kali ni sebenar nya agak sibuk.. banyak yang perlu di baca dan revise kembali sebab paeds ni macam medicine juga lah.. cuma nya budak2 punya sakit tak same dengan orang tua kan.. so have to learn new approach to the some of the diseases..


So hows my peads posting?? Alhamdulillah aku sangat suka posting ni.. masih lagi semangat ke ward dan berjumpa kanak2 dan adik2 yang kurang bernasib baik.. buku log aku masih belum berisi, minggu ke 6 dah kena hantar case write up.. masa terlalu pantas berlalu.. agak pelik bila melihat status rakan2 yang mana ingin kan hujung minggu datang dengan cepat walhal aku rasa tidak cukup masa untuk melaksanakan semua tugasan.. haish ke aku yang malas sangat?? haha


So kanak2? apa yang penting sangat mereka ini? sbelum mula merepek nak ingatkan diri sendiri yang sesungguhnya Islam itu satu cara hidup bukan sekadar nama dalam i.c .. seriusly aku seorang yang amat menyukai kanak2.. dari mengasuh, mendidik, bermain, mengurus kehidupan mereka.. amat amat amat suka... setiap kanak2 itu aku dapat lihat cahaya di wajah mereka.. cahaya yang aku rasa jika dijaga dengan baik akan terus bercahaya dengan lebih terang dan terus menyinari kehidupan ini. walaupun kadang2 budak tu takde la suka kat aku, itu normal, namun jika dicuba dan terus mencuba.. boleh la dapat main dengan dorang hehe..


Bila kita menjalani kehidupan seharian, Rasul lah ikutan kita, dari segi akhlak dan tingkah laku. bukan trend atau populariti bagi sesuatu masa. dan sunnah itu tidak terhad pada amalan zikir serta solat namun sehingga ke dalam tandas sudah Rasul ajar cara untuk buang air besar ke kecik ke.. complete kan Islam? cuma kadang2 kita kurang sedar dan peka.. Begitu juga kasih sayang Rasul dengan kanak2..


Hadis rasul dengan kanak2


No. 5610 Narrated Abu Huraira: Rasullullah kissed Al-Hasan bin Ali while Al-Aqra' bin Habis At-Tamim was sitting beside him. Al-Aqra said, "I have ten children and I have never kissed anyone of them," Rasullullah cast a look at him and said, "Whoever is not merciful to others will not be treated mercifully." Sahih Bukhari.


Kanak2 ini adalah generasi yang akan menganti kan kita.. yang merupakan tunas baru dalam agama kita.. aku masih ingat, tika Tok dan Tok Wan mengajar aku solat, membaca quran, cerita sirah nabawi, belum pon bertadika ketika itu, dan bila masuk sekolah, Alhamdulillah segala akhlak serta ajaran Tok amat berguna.. dari kecil di ajar takutkan siksaan neraka.. bila besar sudah tahu kita mana baik mana tidak nya... Rindu dengan tok..


And those who say, "Our Lord, grant us from among our wive

s and offspring comfort to our eyes and make us an example for the righteous." (25 :74)


Bila di ward paediatric.. seriously aku lihat setiap hari adalah PERTARUNGAN. pertarungan dengan takdir yang Allah taala kurniakan.. dan ada yang lihat itu adalah satu dugaan, ada juga yang lihat satu bala.. itu terserah pada yang menerima namun setiap kita punyai kepercayaan yang berbeza. Pertarungan macam mana?


bila mana ibu dan ayah tidak pulang dan menjaga anak mereka yang mempunyai cerebral palsy (google lah nak tau penyakit ape)...

anak mereka yang tidak cukup bulan,

anak mereka yang mempunyai masalah mental yang mana kakak nya baru meninggal di usia 12 tahun..

anak yang mempunyai masalah pendengaran..

anak2 yang perlu menjalani pembedahan billiary atresia..

menjaga anak2 yang tidak henti nangis kerana sakit selepas pembedahan masih lagi belum baik...

bila satu keluarga yang tidak begitu berpendapatan terbang dari Serawak ke Hospital Kuala Lumpur membawa anak mereka yang mempunyai masalah respiratory... malah banyak lagi..


namun aku dapat lihat kesabaran mereka amat tinggi.. yang kadang2 aku rasa jika aku ditempat mereka pasti aku juga terduduk. Ya Allah sungguh hebat dugaan mereka.. dugaan aku ini apa ada?? Maafkan aku ya Allah..


Dan ada sebahagian dari kawan2 aku yang cakap ‘rasa bagaikan tidak mahu anak’ kerana melihat semua ini. Agak kecewa dengan ayat itu. Sesungguhnya zuriat itu rezeki yang tak ternilai.. tidak kira lah mereka itu normal atau tidak.. ya kita susah di dunia.. namun yakin lah semua dari Allah dan kesabaran dalam menghadapi hidup dengan anak begini akan mendapat balasan yang tak tercapai oleh akal untuk memikirnya di akhirat kelak... Dan kita perlulah menjaga islam kita dan terus berdoa agar di kurniakan anak2 menjadi penyejuk mata dan bertakwa.


Cukup.


Graduation day ib dan iyas next week.. seriuosly aku taktau nak bagi apa hadiah. bukan banyak sgt duet.. tapi nak bagi haha.. takpelah tengok lah macam mana.. but i need to attend several of my friends graduation too.. aiman ngan zaid pon minggu depan juga.. harith pon dah grad.. dari notthingham uni...wah.. cepat betul masa berlalu.. ya Allah berikanlah kejayaan kepada mereka dan berikanlah kekuatan untuk aku untuk berjaya seperti mereka...minggu ni sume da sibuk nak tempah graduation robe dekat bangi.. huhu dan mintak2 minggu depan tak sibuk sangat.. it will be one of a great moment in their life.. and im just happy for them, eventhough i just can see them from far and my time is not there yet..will be just happy ..


Fuh emo lak.. haha


So ramadhan is just around the corner.. need a lot of preparation.. speaker dah ada ahah and need to survey which mosque nak pergi solat terawikh.. :)


thats all for now


selamat beramal semua


(peringatan pada diri sendiri juga - kan ni blog aku apsal nak kena ada line ni? haha)


6 comments:

farah najwa said...

posting kat PPUKM? saya kat hosp selayang. gudlark on everything.

Shamil Alfilfilani said...

thanks farah :)

hamba Ilahi said...

salam ziarah dr mesir
im currently in paeds course
paeds?
byk yg Allah nk tnjuk dr kanak2..
huhu

Shamil Alfilfilani said...

betul tu hamba ilahi.. perlu lebih rajin dan observan pada semua ciptaan dia.. moga di beri petunjuk yg jitu :)

have a great round in peads :P

mardiana said...

Sesungguhnya zuriat itu rezeki yang tak ternilai.. saya suka ayat tu :)

Shuhada Aziz said...

Kanak masih suci..sbb tu bg hati yg suci, kanak2 itu membahagiakan sebenarnya..

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments