Mari berubah!

Calon Pro-Aspirasi Kuasai Pilihan Raya UIA

Oleh AU YEONG HOW



PETALING JAYA: Calon-calon Pro-Aspirasi menguasai pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi pemilihan 2009/2010 semalam.

Di kampus Gombak, 13 calon kumpulan berkenaan menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa.

Sementara di kampus Kuantan, kumpulan tersebut memenangi satu kerusi, Bebas (dua) manakala lapan lagi belum dapat ditentukan kedudukannya kerana masalah tertentu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tiga kuliyyah diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Menurutnya, kuliyyah berkenaan ialah Kuliyyah Undang-Undang dan Kuliyyah Seni Bina di kampus Gombak manakala Kuliyyah Pergigian di Kuantan.

Katanya, ini bermakna secara keseluruhan, terdapat 18 kerusi dipertandingkan di kampus Gombak sementara di kampus Kuantan, 11 kerusi.

"Daripada 29 kerusi di kampus Gombak, 18 yang dipertandingkan. Yang lain menang tanpa bertanding.

"Ada empat kerusi pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak dipertandingkan. Di Gombak, ada 10 kerusi daripada lima fakulti," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebanyak 6,938 pelajar atau 59 peratus mengundi daripada 11,760 yang layak bagi pilihan raya kali ini. Undi rosak pula sebanyak 115.

Sementara itu, Nik Ahmad berkata, lapan kerusi dipertandingkan di empat fakulti.

"Dua kerusi (Kuliyyah Pergigian) dan satu kerusi antarabangsa juga tidak dipertandingkan," ujarnya.

Mengulas mengenai kejayaan calon Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini, Nik Ahmad Kamal berkata, pihak universiti tidak mengiktiraf kejayaan mana-mana gabungan kerana itu adalah persepsi para pelajar.

Jelas beliau, secara realiti, UIAM tidak mengiktiraf anggota gabungan mana-mana pihak kerana semua calon yang bertanding dilihat memperjuangkan kebajikan para pelajar.

Taken from MStar

Tahniah kepada Muhammad Shauqi Bin Suhaimi kerana telah memenangi kerusi fakulti perundangan UIA..

KTDI bila lagi??? fakulti perubatan perlukan perubahan!Undi Pro - Aspirasi.. jangan lagi ditipu oleh GM..

posted under , |

7 comments:

kOtak hati said...

Assalamualaikum..

ye ye betul tueh..
Marilah berubah..
huhu..

Tapi Mil..
pa maksud jgn lagi ditipu oleh GM???
In what context yg depa tipu??
curious nak taw..
KTDI nak ubah pa lagi?
huhu..

Eyh2..
Adek beradek org penting no..
tahniah kat adek Mil..
gila lah,budak law upenya..

miss AIN said...

pergh!
abg borek, adik rintik! :PPP
congrates kat shauqi!

eh, kau tak boleh bertanding lagi ke tahun ni?heeee

FaDhLi said...

undilah aku! hahaha!

Hamba Allah said...

salam...

tergelak juga aku bila baca ayat last tu...

PMUKM d bawah wan nuruddin (GMUKM) tlah mengadakan 4 program besar (bengkel salat1, bengkel 2, pengurusan kewangn, aku terima nikahnya), bukan sahaja utk kbaikan pnghuni ktdi malah institusi2 sekitar HUKM...

dalam masa y sama, integriti persatuan pelajar lebih terserlah setelah termenterai MoU antara JAKSA, PERSIAp, PPK, AMSA.

Apa pula sumbangan anda untuk sahabat2 year1 n year2 medic yng undi anda dulu...

ingatkh lagi tekanan y dterima utk jd calon dlu...

awie said...

ko x buat mende pn..xyah la nk bangga2 sgt aspirasi menang....
y penting ap y ko buat lpas ko mng 2..
ap ko nk jawab ngan Allah dengan amanah y ko x buat 2?

Shamil Alfilfilani said...

macam la aku tau ape aku nak jawab nanti?

alam ghaib kot.. mane aku tau.. amalan aku akan jawab nanti..

mcm la awie tau aku buat ape pon kan?

pape pon tq :)

Mohammad Hidir Baharudin said...

aku sokong hang Dr. Syamil..
Aspirasi (UMNO) bukanlah sekotor DAP..
Pro Mahasiswa (Gamis) bukanlah sebersih Jemaah Yang Dikepalai Nabi s.a.w..
Ada satu kelompok daripada Islam mahu membuat 2 parti..
samada parti mereka (ISlam)..
atau parti selain mereka (kafir)..
Moga Allah buka luas-luas akal dan hati mereka seperti Allah bukankan kepada Musa a.s lautan..

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments