Khabar rival kita

Pro-Aspirasi kuasai semula UM
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

D

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerusi Fakulti Perubatan tahun 3,4,5 telah dimenangi oleh Farih Najihah dan kerusi tahun 1 dan 2 oleh Adik Pompuan (tak kenal) daripada pro-M .. tahniah kepada beliau iaitu Fareh yg merupakan geng study group aku juga :) hehe moga membawa perubahan.. insyAllah doa aku agar urusan beliau dipermudahkan.

.khabarnya UKM aspirasi memenangi 20 kerusi dan pro-M memenangi 15 kerusi.. bagus lah dah boleh bentuk kerajaan.. moga membawa perubahan pada UKM juga.. all the best dan tahniah yang menang. yang tak menang bukan bererti reformasi anda terhenti di situ.. teruskan perjuangan.. moga dengan ini terbentuk mahasiswa intelek kritikal dan berkebolehan..
salam

posted under |

1 comments:

amir aqram said...

ape name lagu bunkface ne ha? tak jumpe pun dalam u tube unknown?

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments