Coretan Sang Perindu

Yang sebenar nya aku merindu. baru tadi aku bangun dari tidur dengan perasaan sedih. gelisah. selesai solat maghrib aku mulakan bacaan yassin. penenang jiwa. mimpi tadi masih tidak dapat aku lupakan. sesekali mata ku berair. Ya Allah ampunilah dosa ku.



1. SMKA Al-Irshad adalah berasal dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan Qadi Tn. Hj. Majid B. Hj. Ahmad dan adiknya Tn. Hj. Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham Tn. Hj. Ahmad Maliki dan Tn. Hj. Yusuf Helmi B. Hj. Shafie. Sekolah ini dibina pada tahun 1936, hasil kutipan derma orang ramai.

Pada tahun 1958, Persatuan Guru-Guru Agama Sbrg. Perai (PGAS), yang diketuai oleh Ustaz Hj. Salleh B. Shafie telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS, yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan juga Perak. Ramai penuntutnya datang dari negeri-negeri tersebut.

Nama Sekolah PGAS telah ditukar sekali lagi kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah lagi sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada mulanya pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor B. Hussein sebelum pengetuanya yang pertama Ustaz Mohd Yusuff B. Hj. Latif (1977-1983). Beliau digantikan oleh Ustaz Hj. Morat B. Hj. Abdul Samad (1983-1985). Pengetua ketiga Ustaz Hj. Abdul Salam B. Hj. Mohd. Zain (1985-1988). Kemudian sekolah ini diterajui pula oleh Ustaz Hj. Rakhibi B. Hj. Othman (1988-1997 ).

2. Sejarah Awal Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah in Kepala Batas, Penang, Malaysia

DMW telah diasaskan oleh ulama terkenal tanah air iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada YB Dato' Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri kita yang kita hormati dan sayangi.

Nama Daeratul Ma'arifil Wataniah adalah hasil istikharah pengasasnya. "AL-WATANIAH" pada nama sekolah bermaksud BUMIPUTRA dan merupakan petunjuk kepada kesedaran pengasasnya tentang perlunya anak bangsanya dididik dengan sempurna.

Pembelajaran telah dimulakan pada 2 Rabiul Awal 1344 bersamaan tahun 1926M, di anjung rumah pengasas DMW sendiri dengan 5 orang pelajar sulung. Pada tahun 1934, berikutan dengan pertambahan bilangan pelajarnya, pengajaran dan pembelajaran telah dipindahkan ke sebuah bangunan kayu yang terletak di sebelah Masjid Kepala Batas, Seberang Perai Utara, yang kini dikenali sebagai Masjid Jamiul Badawi. Bangunan tersebut masih kekal hingga kini dan menjadi Sekolah Rendah Agama DMW.

Pengajian pada peringkat awal ini adalah berpolakan sistem pengajian pondok.

Pelajar-pelajarnya, yang datang dari seluruh pelusuk tanah air dan juga dari negara-negara berjiran tinggal di sekitar sekolah dalam beberapa buah pondok. Lama-kelamaan, sistem pengajian umumi telah ditambah dengan pengajian corak nizami, iaitu pengajian yang bersistem kelas yang tersusun.

Pengajaran dibantu oleh beberapa orang guru, termasuk Haji Ahmad Badawi, yang menjadi mudir sekolah. Beliau adalah anakanda Tuan Guru Haji Abdullah Fahim sendiri, dan ayahanda kepada YB Perdana Menteri kita. Kepercayaan ayahandanya kepada Abdullah untuk memimpim DMW adalah berdasarkan ilmu yang mendalam pada dirinya. dalam.

Mengikut terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Pulau Pinang, berjudul Abdullah Fahim: Perjuangan Seorang Tokoh Agama Dan Kemerdekaan, bilangan pelajar pernah meningkat ke angka ribuan. Selain pelajar dari Tanah Melayu, terdapat pelajar-pelajar dari Thailand, Indonesia dan juga beberapa negara lain.

Mudir Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah in Kepala Batas, Penang, Malaysia

1926 - 1931: Tuan Guru Hj. Abdullah Fahim (Pengasas)

1931 - 1946: Hj. Abdul Halim Al-Hadi

1947 - 1977: Datuk Hj. Ahmad Badawi

1977 - 1988: Haji A. Fatah bin Abdullah & Hj. Ahmad Raof Ahmad

1989 -1994: Hj. Salleh Shafie

1994 - kini: Hj. Hassim Salleh

3.

Wajah Haji Abdullah Fahim

Tuan guru Haji Abdullah Fahim lahir di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah pada tahun 1870 (satu sumber mengatakan di Kubur Panjang, Kedah dan dibawa ke Makkah oleh Ayahandanya). Ayahanda beliau, Sheikh Ibrahim Haji Tahir, yang bermastautin di Tanah Suci menjadi guru di Masjidil Haram, dalam bidang pengajian al-Quran.

Abdullah mengambil kesempatan mengaut ilmu selama tinggal di Tanah Suci. Dikatakan, guru beliau sejumlah 45 orang.

Abdullah Fahim berpindah ke Tanah Melayu pada tahun 1916 dan beliau memulakan kerjayanya sebagai pendidik di rumah pusaka keluarganya di Kepala Batas. Beliau mahir dalam 15 bidang ilmu termasuk al-Falak dan bahasa Arab.

Abdullah Fahim juga pernah mengajar di Madrasah Pak Wan Sulaiman di Limbung Kapal, Alor Setar (sekolah ini kemudiannya menjadi Maktab Mahmud) dan menjadi guru agama kepada Sultan Kedah. Seterusnya, beliau juga pernah mengajar di Madrasah Idrisiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Abdullah Fahim telah memulakan pengajaran di Daeratul Ma'arifil Wataniah di kampungnya sendiri pada tahun 1934. Maksud "Daeratul Ma'arifil Wataniah" ialah "Gagasan Pengetahuan".

Satu jasa Tuan Guru Abdullah Fahim yang patut disebut ialah peranan beliau menetapkan tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Dengan menggunakan kemahiran falaknya, beliaulah yang menetapkan tarikh tersebut, iaitu 31 Ogos, 1957 apabila diminta Tunku Abdul Rahman sendiri.

Antara tokoh-tokoh agama dan pendidik tanah air yang pernah lahir melalui bimbingan beliau ialah Haji Asa'aya (bekas Mufti Perak), Ustaz Haji Mohd. Salleh Shafie (Guru Besar, Sekolah Agama PGAS, Seberang Perai yang kemudiannya menjadi Madrasah Al-Irshad - kini SMK(A) Al-Irsyad, Dato' Haji Mohamad Subky Bin Haji Abdul Raof dan ramai lagi tokoh pendidik dan pegawai agama.





posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments