Among the stars

Salam..

Alhamdulillah semua dah berakhir,exam semester 1, posting surgery n o&g, cuti semester, result, bagai kitar hidup dlm dunia realiti ini, yang bermula pasti berakhir. bukan 'bagai' tapi satu kenyataan. yang mekar pasti layu, yg cantek bersih pasti kerepot kering, yang bernafas pasti terhenti. yang bermula pasti berakhir.

kini ak mula kan langkah baru dalam posting JKM. posting yg ak minat juga lah. Jabatan Kesihatan Masyarakat @ public health. dalam posting ini ak akan belajar mengenai disease dan juga manusia bukan dari konteks penyakit itu sahaja namun dalam menghentikan penyebaran penyakit kepada masyarakat dan manusia lain. hari ini adalah hari pertama. hari2 mendatang mungkin penuh cabaran. ramai yg labelkan ini posting yg menyeronokkan. macam satu percutian. ak pula tidak mahu ambil mudah dalam posting ni. doctor yg byk inspired ak ada dalam posting ni n i have to do the best supaya tidak mengecewakan dia.

minggu pertama posting ni di isi dengan syarahan2 dari pagi hingga petang. minggu depan kami akan di hantar ke kampung2. di sana perlu di adakan research dan juga pelbagai kempen kesihatan. menarik. ak terfikir mungkin personaliti ak yg suka bergaul dan berkawan ini menyebabkan ak tertarik dengan posting kali ini. posting yg melibatkan interaksi secara langsung dengan org ramai. orang kampung. orang awam.

bila sebut pasal guru feveret ni tersentuh ak dengan satu panggilan yg ak rasa sangat mulia. guru. di sekolah dulu pengajian di tingkatan satu adalah sebuah kitab yg berjudul 'taalim mutaalim toriq taalim' satu kitab nipis yg membincangkan tajuk yg sgt penting dalam menuntut ilmu. mengenai guru dan pelajar. di tingkatan satu kami di ajar mengenai adab dengan guru secara amat detail. bagaimana taraf nya guru, berkat nya belajar dan berguru.

ak amat terkesan dengan pembelajaran ini. sehingga kini jika ak ingin berbicara dengan seorang guru ak akan berdebar. ak percaya yg doa seorang guru amat mustajab. ak takut jika ak terbuat mereka marah dan terdetik di hati mereka perkara yg tidak baik pada ak. rasanya ak kini lebih berani nak tegur guru2 ku. jika dulu bertentang mata pon takut. tidak kira lah dia guru apa. namun guru yg memberi ak ilmu cukup ak sanjungi. ak bawa taraf mereka ini sedikit rendah dari ibu bapa ku sendiri. ak sayang mereka seperti ak sayang ibu bapa ku. jika berkata2 pasti suara ku sgt rendah. takut sgt tertinggi suara. seperti ak hormati ibu bapa ku. paling takut jika dimarahi. menyebabkan ak lebih suka berdiam diri bila berhadapan dengan mereka.

tapi kini segalanya laen. di lecture hall, di kelas2 tutorial student rilek je melunjur kaki kepada guru. bercakap dengan guru bagai kan kawan. bukan tak setuju tapi ntah.. hmmm buat diri ak juga yg kadang2 lupa.. jagalah adab dgn guru moga mendapat berkat dalam belajar :)

and yes.. i really appreciate for those who make teaching as their profession... and i have this strange jealous feeling to them.. pelik.. hehe i really enjoy teaching others.. when our friend tryin to search the way to get an answer and we are there to help them.. waahh like a doctor that can solve their patients probs..sort of relieve.. a relieve to help others..

though i have a mission to be a specialist.. why not a specialist and a lecturer?.. indah rasanya .. hehe and i have to complete my degree first.. it is a long way to go.. doa kan lah yee

sorry have to go now.. nanti sambung merepek..

posted under , , , |

2 comments:

miss AIN said...

entry ni mase bezday aku!
baru aku pasan!=D

aku terigt mase proposal presentation arituh..time aizul melunjur kaki kat depan dr rohaizat..
ko ade ckp kat aku psl tu..igt x?

Shamil Alfilfilani said...

shh.. senyap je :)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments