Bulan bintang bila bertiga

Huh da masuk minggu ketiga da start kelas.. seronok, bersyukur, penat, tidor, huhu semua ada..

sepanjang semester baru ni, pelajaran agak pack, lectures mcm betimbun2 lepas satu satu lepas satu satu, study group mcm biasa, ak join dua2.. kadang2 tu sampai clash study group ak.. tapi ak tak tau nape, ak melalui hari2 ak dengan gembira...

PBL.. problem base learning (satu cara belajar di mana pelajar akan belajar melalui penyelesaian masalah perubatan tentang penyakit yg melibatkan perbincangan) group ak kali ni agak berlainan dari smester.. ak seorang sahaja pelajar melayu lelaki dalam group tu, alhamdulillah boleh cope.. 2 orang pelajar lelaki cina adalah pelajar ulangan, dan mereka sudah tahu akan selok2 pembelajaran semester 2, maka ak rasa beruntung kerana byk perkara ak dapat belajar dengan mereka, seorang pelajar cina perempuan juga merupakan budak 4.0 flat semester pertama di fakulti perubatan. hebat. syukur dapat juga ak belajar dan bertanya kepada dia. ak seronok berada dalam pbl baru ini, dengan pelajar2 yg hebat, ak juga tidak terlepas untuk tingkatkan prestasi diri. huh sungguh gembira.lakaran time boring2

semester ini juga ada melibatkan interprofesional programe, ia dinamakan 'Comprehensive Healthcare Module' dimana pelajar perubatan akan berganding bahu dengan pelajar farmasi dalam memahami tugas masing2 dan bersedia untuk bekerjasama pada masa hadapan. ada beberapa lawatan kerumah sakit perlu di adakan. pelajar farmasi ini terdiri dari pelajar tahun 3. mereka ini hebat dalam pelajaran ubat-ubatan manakala pelajar perubatan tahun dua yang mengetahui lebih mendalam tentang penyakit dan fungsi badan perlu berkerjasama untuk menjalankan aktiviti family case ini. ak amat gembira progarm yang diadakan ini. di alam pekerjaan, terdapat banyak sekali miscomunication antara famarcist dan doctor dan mereka tidak begitu efektif apabila berkerja bersama. oleh itu module ini berharap agar masing2 dapat berkerjasama untuk meningkatkan taraf kesihatan org ramai. UKM adalah universiti utama yang menganjurkan interprofesional programe ini dalam fakulti perubatan dan ak dapat lihat impak nya pada doktor2 akan datang. bangga dan bersyukur.

modul personal n profesional development juga membuka tirai semester dengan tajuk yg amat ak tunggu2 dan dismpaikan oleh prof harlina dengan amat baek skali iaitu 'Celebrating Similarities and Managing Diversity'. Dalam kuliah ini kami di beritahu akan kepelbagaian dalam masyarakat dan bagaimana menguruskannya. dan lebih menarik apabila dikaitkan dengan Islam. Isu kepelbagaian ini amat luas, dari segi agama, warna kulit, hak2 kehidupan, dan mcm2 lagi. namun jika berlandaskan agama maka insyAllah segalanya terang dan mudah. tokoh2 utama yang cuba membawa mesej keadilan mengenai diversity juga ada ditunjukkan seperti Mahatma Gandhi, Mother Teressa, dan Solehuddin AlAyubi yg cuba membawa agama Islam dalam kepelbagaian beragama. amat menarik!!! konsep ekslusif dalam agama seperti yg dibawa sesetengah rejim juga diselit dalam isu palestin. sifat ekslusif yang menggangap agama lain adalah salah dan hanya agama dia sahaja yg betul telah membawa kepada kerosakan ummah turut diterangkan dalam lecture ari tu. amat teruja

malangnya prof har tak bagi slide tu.. dan agak kecewa sbb die tak bg student menulis time die bg lecture.. so ak igt sket2 je lah..huhu

dalam semester ni juga ada belajar tentang pemeriksaan fizikal mengenai system gastrointestinal. pemeriksaan fizikal ini katanya perlukan banyak latihan. huh byk perkara dan seni baru ak belajar melalui module ini. guru yang mengajar klinikal juga Alhamdulillah syukur, amat membantu. teringat ak nasihat seorang brother ni mayb sebab dia nampak ak sibuk sgt menda laen n takut ak tak tumpu pelajaran ak, " Ak tak kate budak2 fac laen belajar senang tapi ak nak kate kat ko medic ni tak senang kay " nasihat yg amat berguna. menyebabkan ak sedar dari hanyut dibawa dadah berorganisasi.


Baru2 ini juga satu seminar telah dijalankan iaitu Training Future Doctors: Have we got it right yg dianjurkan oleh . seminar ini menarik perhatian ak kerana ia melibatkan golongan2 profesional dalam memikirkan hal2 serta masa depan doktor dimasa akan datang. masalah2 seperti pengambilan pelajar perubatan, doktor2 yg mempunyai masalah mental, struktur education perubatan akan datang, persepsi org tentang doktor yg kini byk nya melabel doktor hanya ingin kan duit, masalah doktor2 yg tidak berkhidmat dimalaysia, penghantaran pelajar2 perubatan keluar negara dan banyak lagi masalah2 dibincangkan. walaupun tiada penglibatan pelajar secara langsung sangat namun ak rasa ia adalah satu exposure yg baek untuk ak memahami serta belajar dengan lebih rajin untuk menjadi doctor yg kompetent. byk penglibatan dato2 dan tansri dari MOH , MOHE dan MMC dalam perbincangan ini dan ak berpuas hati dengan isu2 yg mereka tampilkan. BEST!! tanks Amsa hehe

smalam plak dapat melihat keindahan ciptaan tuhan bila bulan berbentuk smiley terbit di awan. Subhanallah.. dan di fahamkan dua bintang yg membentuk mata smiley tu actually zuhrah n musytari.. yg best tv3 pon ada masuk... tankss bro.. sempat gak ak tgk live hehehe

thats all fr now rase2 nye.. ujung minggu ni raya haji

selamat Hari Raya Aidil Adha.. selamat menunaikan haji.. ak balik penang ngan iyas kot..

take care all..

posted under , , |

6 comments:

mYshah said...

-ho2, panjangnye entry ^^ sonok baca :D

-'Comprehensive Healthcare Module'? wah time kiteorg xder pon, bgusnye korang...

-'Celebrating Similarities and Managing Diversity', yeeee igt tu.... istilah ni sgt berguna untuk ko & kita di masa depan, bukan untuk medic je, len2 gak dlm kehidupan seharian~ huuhu

- bulan n bintang itu mmg sgt lawa. syukur dpt tgk :D

- huuhu, dlm pic tu mkn kat ne? :P

marmasri said...

alhamdulillah...mar dptla serba sdikit smgt baru lps bace blog syamil..
moga2 Allah kuatkan semangat kita dalam mencari keredhaanNya..

ape2 pun,keep ur hard work n alwayz think positive..:)

marmasri said...

huhu...byk input positif yg mar dpt...

teruskan usaha syamil dlm ape jua bidang..moga diberikan kekuatan oleh Nya..insyaAllah..:)

marmasri said...

very positive blog..i like it..keep it up!:)

fazrul mokhtar said...
This comment has been removed by the author.
eira said...

panjangnye..
cm biase suke bace tulisan2 shamil..
byk cerita kedoktoran yg eira bace dr sini..
hehe..
dr mfk && shah pn
salam aidiladha shamil
:)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments