Alhamdulillah

Semuanya dah tamat. ak amat bersyukur. Syukur ak dapat menjalani peperiksaan kali ini dengan keadaan sihat wal afiat. entah kenape ak rase ringan je badan dan kepala otak aku arini. mungkin sebahagian bebanan dah dilepaskan. adakah exam ni satu bebanan? tak kot cuma keadaan ak yang kurang bersedia ni menyebabkan ak rase exam satu bebanan. satu stress. satu keadaan yang ak dapat kawal. namun mungkin tersasar dari kawalan. walaupun begitu ak rase ak da cube sadaye upaya. dan perkara yang perlu ak lakukan skarang ialah tawakal. insyAllah walau apa pun keputusannya ada seribu hikmah.

Pagi tadi tamatlah exam semester ak. smalam aifa msg, die ajak ahli studygroup ak utk keluar makan sekali. ak mcm biasa 'on' je la. rupe2nye arini arijadi die. ak,tantawi,pulut(arif) keluar cari kek dan kad arijadi utk aifa sblm sampai tempat yg dijanjikan. agak lama untuk decide nak mkn kat mane. tanye ak pulak, mmg takde jawapan la jwb nye.. so bepusing2 lah kami di pavilion. last2 kat pizza hut.. da sampai tgk2 dorang pon bawa kek seniri. huhu. dua kek la aifa dpt arini. ape2 pon selamat ari jadi kepada aifa.



smalam gak ak ada betembung dengan ijat. dia agak terase dengan ak kerana terus meningalkan program 4kl mcm tu je before ak exam. maaf. mmg salah ak. masa berlalu amat cepat. skarang da abes exam. semalam dia ada ckp, 'ak tunggu esok', haha pergh psycho sial mamat tu. ak mcm biasa react cool je lah. haha. ntah lah kalau ak tau mcm ni idup ak kat k1, takde nye ak nak jejak kaki kat sini. kadang-kadang, kita cuba menceriakan seseorang, tapi kita tak tau adakah mmg benar keceriaan yang kita bawa atau pun satu penderitaan yang kita bawa. ya betol, kalau ak involve dengan 4kl ni, ak akan cuba buat sehabis baik. tapi buat ape kalau ak buat benda yang tak menggembirakan ak? mungkin ini cuma mood exam. f-ck its not. ak da pikir menda ni lama. tapi ak stuck. ak takde jalan kuar. ak boleh nampak kepercayaan sahabat2 untuk ak jalankan progrm ni. ada yang jadi exco dan lebih melegakan bila kebanyakan sahabat2 ak menjadi pengarah sub-pgram ak. satu petang amir dtg k1 3 ari sebelum exam. die bw kertas kerja subprogram dan dengan bersemangatnye tunjukan ak belanjawan sub-program die. ini yang membuatkan ak rase bersalah utk tinggalkan 4kl.

damn

teringat ak cerita 'pursuit to happiness'. happiness ialah perasaan yg kita capai apabila kita dpt mencapai matlamat yg kita tetapkan. namun itu definisi bg diri ak. ia subjektif. laen org, laen cara definisinya. dan ini bukan matlamat ak disini. matlamat ak ialah menjadi seorang doktor. ya MUNGKIN ak akan happy selepas ak selesai menjayakan program ni. satu kepuasan. satu perkara yg tak dpt diungkap dengan kata2. ive been there before. siap dapat anugerah sultan kedah untuk pelajar kokurikulum terbaik maktab mahmud lagi dulu (takde riak ye ain). namun matlamat ak tak tercapai. spm ak hancur. dan ia cukup pedih. kemudian ak ingin mulakan sekali lagi peristiwa tu? knape? takut ke? haha bukan takut, bukan bacul, cuma tak berani mengambil risiko. risiko yg amat besar.

ya, dengan berorganisasi ak akan lebih disiplin, lebih hebat dalam berkomunikasi, lebih berpengalaman, namun ak rasa cukup lah dengan apa yg ak ada, kehidupan yg ak akan jalani di masa hadapan nanti ku harap dapat akan memperbaiki diriku lagi. Alhamdulillah. terdetik kata2 ayah 'dr mahathir pon dulu time medical school takde aktif dlm club2 ni but yet able to rule the country'.(patut malaysia corrupt) hehe.

Aritu ada gak sembang ngan palem(shukri). ak boleh buat program2 ni KALAU ak bukan bdk medic. sbenarnya bagi ak yang menghalang ak untuk succeed ni hanyalah halangan mental, yang jika ak dapat leraikan halangan ni, semua dpt dilakukan. namun selepas lalui halangan ni, ak perlu berperang dengan risiko. yang ak rasakan ak amat lemah(which is another mental barrier). pening kan? haha

sudah lah. pape pon ak perlu teruskan ape yang ak mule. biarlah tak happy. mungkin sesetengah org gembira dengan tindakan ak. namun ak rase ak da tak seceria dulu. everythin is fake. fake smile, fake laugh.

cukup.

dalam dua minggu lepas ak da dapat aktifkan maps. ni tempat pertama yg ak cari.

huhu bagi sesape nak activate maps die senang jerk..

1. Download Nokia Pc suite model phone korang
2. Download Nokia Map Loader
3. Install
4. Buka Nokia Map Loader sambil phone korang atach kat cable.
5. pilih region map then download
6. Selesai dan map boleh di view dalam phone anda

ni untuk model S60 je la.. yg laen tak tau sgt.. link2 nak download search kat papa google jer..
Maps ngan GPS (global positioning system) ni laen.. da name pon laen kan.. hehe so maps ni just peta yg korang ley tgk jln2 utama kat malaysia. boleh la if nak guide g kedai mkn kat ampang ke. GPS ni lebih sempoi.. dengan sistem satelit.. ley detect jalan2 kecil dan mempunyai byk kegunaan lain seperti speedtrap alert. mende ni kene subscribe tp ada gak yg tak payah n hanya certain phone yg ada internal satelit receiver, if phone yg takde (mcm N73) kena beli external receiver lah.. function receiver ni is nak detect position kita atas bumi nih..one day ak nak ada gak lah.. tp duet tak cukup la huhu

ak ada nak buat sweater utk batch, sape2 ada contct kedai sweater cantek n harga bepatutan ley gitau ak k?

till next post..

salam..

Listening - Fly.fm
Mood - Confuse

posted under , , , |

6 comments:

eira said...

pjg entry kali ni
suke bace
hihi ;p

Anonymous said...

salam,
ye ke ko penah dapat anugerah sultan kedah untuk pelajar kokurikulum terbaek?
aku x penah tau pun...hahaha
tp yg aku tau, ko mmg aktif kt skola dlu..
emosi gler entri ko kali ni, tp x pe, janji ko puas..
hidup mmg camtu..aku rase ko kene amik course psikologi la, baru ngam..hehe
weh, nk ko nye id ym bleh?

Anonymous said...

hehe.bukan riak disitu.ku phm ape yg cube kau sampaikan.bagaimanepon nasehat ku pada kamu,teruskn perjuangan.buat ape tgk dr mahathir.cube tgk prof harlina,prof muhaya,doc lokman,cube tgk background dierang,succes dua2 tau.prof harlina tu,da la doctor,head o&g,(yeke?)pastu ibu lagi,ketua muslimat JIM lagi,prof muhaya,aih byk..time med skewl dulu..so ni yg patot jadi pembkar smgt ko skng.ok?
gambatte tomodachi! :)

lel said...

"sudah lah. pape pon ak perlu teruskan ape yang ak mule. biarlah tak happy. mungkin sesetengah org gembira dengan tindakan ak. namun ak rase ak da tak seceria dulu. everythin is fake. fake smile, fake laugh."

mana boleh buat klu kita xhappy
at least kna selesa utk keja
bukan utk pentingkan diri sendiri
but for the best
n kepuasan utk dri sendiri & others

ive been assigned to b the vice president for a club
tp aku aku rasa xselesa
n currently thinking to QUIT
mungkin ada yg lebih layak selain laila~~

eira said...

bile nk update..
sile cecpt :)

mYshah said...

wah bestnye da abis exam, smoga result exam ok :D

wah ko nih aktif ek, bgus2 :D

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments