Runaway n hide

Kehidupan kini agak sibuk. namun aku gembira. melalui hari-hari sebagai budak medic. junior baru pon da masuk dan aku baru dapat buddy baru. walaupun agak tinggi tapi aku tak kesah sebab budak baek.hehe. so malam semalam, ramai-ramai dorang datang amek tandatangan. sebagai salah satu aktiviti turun temurun untuk merapatkan ukhwah. aku tak kesah gak sebab aku tak minta pon dulu. konsep aku, jika nak berkawan n berkenalan tidak perlu tanda-tanda, datang, aproach dan berkenalan, terus berkawan. tapi mungkin first year ni tak berapa menyesuaikan diri dengan keadaan universiti, tandatangan menjadi satu benda yang penting untuk kenal sesama sendiri. boleh juga aku lihat sahabat2 aku yang mengenakan denda, yang tidak keterlaluan lah tapi, menyanyi ke, menari ke, then baru bagi tandatangan, dan aku lihat budak first year enjoy. bagus. hehe

so minggu ni banyak juga perkara yang bermain di fikiran. aku pon da malas nak update political issues yang melanda negara malaysia. kerana bagi aku politik malaysia ini kadang-kadang hanya satu permainan yang menguntungkan satu-satu pihak tertentu. dan semua perkara di malaysia ini dikawal. dari sistem pelajaran, media masa, dan kebebasan untuk meluahkan pendapat semuanya dikawal. panjang untuk dibicarakan. hanya dikawal oleh sesuatu pihak sahaja. namun begitu aku kagum kerna segala kawalan amat lancar dan hanya pecah tembelang dalam masa2 terdekat ini sahaja. mungkin sistem telus yang ingin diperkenalkan ini telah memakan diri mereka sendiri. one word fr them = corrupt!

setelah berfikir panjang, aku dapat membahagikan kehidupan aku sekarang. pelajaran, aktiviti organisasi dan sosial kehidupan.

pelajaran aku amat seronok dan susah. perlu ada masa untuk mencari bahan bacaan, lecture notes yang bertimbun dan buku rujukan yang bersepah. pening. tapi aku suka. hari rabu ari tu ada sesi 'venepuncture' iaitu cara-cara mengambil darah dari manusia. sempoi. walaupun sesetengah pelajar anggap ia satu perkara bosan tapi bagi aku itu adalah hiburan dunia pelajar perubatan. dan ini juka ungkapan prof Amin. tiada tekanan, kami diberi peluang untuk 'bermain' dengan patung2 tu dan cucuk2 amek darah die.. best dowh.. hehe dan ya, dari aktiviti ini, semangat untuk belajar dan menguatkan lagi kepercayaan aku bahawa ini adalah kehidupan ku sebenar.

dari segi aktviti organisasi pula, aku telah dipertanggungjawabkan untuk handle 'AMSA' pre clinical nye organisation dan terus menjadi ketua bahagian pre clinical. jadi perlu mengadakan aktiviti. aktiviti pertama ku untuk tahun ini hanyalah pengenalan kelab. mudah dan senang tapi disebabkan prosedur yang banyak dari ukm, aku perlu berulang alik dari bangi hanya untuk meminta pelepasan dari ukm. dan ini aku anggap sebagai pemanas badan untuk aktiviti besar yang akan diadakan tahun depan yang telah diwar2kan bahawa aku pengarah nya. program 4kl. ya program besar, susah, dan banyak kerja. aku pon takut bila dapat berita tu. tapi aku cuba untuk memikul tanggungjawab ini. bagi aku merit tidak penting lagi namun amanah itu penting. dan dari progrm sebegini boleh dijadikan satu medium menyampaikan dakwah. insyAllah. bagi program 'Memperingati Palestin' pula aku dilantik menjadi exco pemasaran. pergghhh cari duet lagi. program yang agak besar dan perlukan perhatian lebih.

dari segi sosial kehidupan aku kini lebih rapat dengan adik aku shauqi dan budak2 kolej 1, aku tak sempat langsung nak contct member2 laen. walaupun ada yg nak berjumpa, call tapi ntah aku mcm tak sempat nak menumpukan perhatian terhadap orang lain. maaf. kini baru terasa nak ada seseorang yang rapat dan dapat mendengar luahan hati. awek ke?? ntah la.. hehe cari laluuu.. merepek..

cukup kot.. doa aku selamat idup kat sini.. hehe

salam

posted under , |

1 comments:

mYshah said...

hahaha... susah bebenor nak jadi emdical student ni... yaya aku doakan ko slamat hidup kat situ XD

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments