Beribu infra merah ~ kau nyala

Minggu lepas ayah dan shauqi datang. tanpa perkhabaran awal rupa-rupanya makngah aku di melaka mengadakan kenduri arwah dan kami sekeluarga dijemput. aku agak berat hati kerana agak banyak benda yang aku perlu baca tapi aku rasa lebih baik jika dapat keberkatan dari makngah (dari ziarah menziarahi) daripada hanya terperuk membaca buku dalam bilik.

tengahari itu mereka sampai. setelah makan tengahari di restoran haslam aku diarah ayah untuk drive. dah la kurang tidur malam smalam tapi aku takde la rasa mengantok sangat dalam perjalanan ke melaka. perjalanan kami mengambil masa dalam satu jam setengah. agak lama.
sampai di rumah makngah sudah ramai yang sampai. hanya saudara mara terdekat sahaja yang dijemput. aku gembira kerana agak lama tidak bersua dengan mereka semua. ya rindu menyapa lagi. teringat ketika aku kecil-kecil tempat gathering yang wajib adalah di rumah tok. setiap raya atau kenduri kendara maka akan baliklah semua anak-anak tok dari segenap negeri. seronok. tapi kini banyak yang sudah berubah. ketua keluarga pon sudah berubah. dan tempat untuk berkumpul bagi tujuan kekeluargaan juga sudah berubah. rumah tok amat jarang untuk cucunya dari selatan ini kunjungi. namun itulah kehidupan. walau bagaimana peritpun, perlu diteruskan.
makngah amat gembira berjumpa dengan aku. ntah mengapa aku dapat rasakan sifat keibuan nya yang amat kuat. ya lah besarkan anak seramai 5 orang dan tiada seorang pon terlepas dari memasuki universiti luar negara pasti pelbagai karenah sudah dia hadapi. aku tetap seperti aku. senyap senyum bila melihat makngah. makngah tanya bagaimana pelajaran aku dan dia amat gembira bila dengar aku sudah ke tahun dua. syukur nya. dan soalan yang selalu diajukan kepada aku ialah 'abg mei da ada girlfriend ke?' aku kurang pasti mengapa dia gemar menanyakan aku soalan cepu emas itu. serius ku katakan makngah seorang yang agak memilih. anak-anak nya agak susah untuk mencari jodoh pilihan sebab mesti kena screening dulu. huh adakah dia hendak lakukan perkara yang sama pada aku? hehe terserah lah. ya lah mungkin dia seorang datin, perlu ada standard. tapi betulkah begitu? bagi aku kurang tepat. aku rasa dia mahukan orang yang betul2 mempunyai ciri2 yang elok sebagai bakal baru ahli keluarga kami demi kesejahteraan anak-anak nya. itu aku setuju.


macam da merepek byk hehehe.. so malas cite byk2 aku hanya merasa tenang berada di sana. seronok dapat main dengan anak abg sedara aku. yang sorang ni nama nya haziq mmg cumel abes lah.. dan satu yang best die pon macam suke dtg kacau2 aku, mane je aku pegi nanti die ikut. pastu ajak main. haduih tapi best gak melayan budak2 Rasullullah pon suka kanak-kanak so mcm mencontohi Beliau *wink* ..

malamnya aku ingat ada org luar yang akan menjalankan tahlil so aku takde la prepair ape2. dengan bertshirt itam bertulis 'good boys go to heaven, bad boys go to london' aku rilek turun ke tahlil. rupe2nye aku yang kena mempengerusikan tahlil tu. perghh dengan makcik2 ramai kat situ. tapi atas permintaan makngah aku teruskan juga. dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. lepas tahlil aktiviti biasa lah, makan2.. byk gile mknan tapi aku mcm tak suke tangkap gmbr makanan so takde la gmbr dlm ni.. mmmm tapi aku seperti tidak berselera bila melihat hidangan2 ni. tak tau la.. masa baca doa tadi sempat juga aku lakarkan nama tok, tokwan, pakteh(anak tok aku number 4 abg ayah aku) dan pakngah..sebak. moga mereka dicucuri rahmat.

sebelum balik kolej ayah bawa gi umah maklang, kat bangi, waa bejalan sakan aku ujung minggu ni. tapi ntah aku suka lah melawat sedara mara ni. mungkin di didik dari kecil lagi kot. salah satu hadis Rasullullah yang terdetik di fikirankan ku,sabda Rasullullah sesiapa yang hendak umurnya panjang maka jalinkan lah silaturrahim, itu je aku igt sket2 maksud die.. hadis full da macam tak bape igt. dulu belajar nak exam jer katekan.hehe dekat umah maklang, dpt jumpe abg imai, maklang nye 3rd anak. skarang wat civil engine kat uitm shah alam. lama tak jumpe dengan die so bila jumpe berasap2 lah kami. hahaha
kat rumah dorang ni pon ada budak kecik gak.. anak kak zuhaida, kakak kepada abg imai dan anak sulong maklang aku. die skang doctor kat klinik kesihatan bangi kot. mcm seorang role model juga la kepada aku.

nama budak cumel ni Husna. cumel gile n mcm lawak2 hahaha baru setaun. argh geram2 pipi die..
dah lah cukup buat takat ni..jmp lagi.

kkkkkkkkkkbbbbbbboooooooooooooooooommm... cau

posted under , , |

2 comments:

Anonymous said...

mcm sgt susa nk fhm..
ape kaetan tittle tu ngn post kli ni?
maen petik ekot dan je haish

Ib said...

alaa ako baru menghasrat menjeleskan ko ngan baju bad boys go to london.but mine putih.cm dah byk itam....hahhah lawak2

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments