Lompat katak lompat

Aku gelisah seperti ibu kucing kehilangan anak nya. aku pening, mual, terasa hendak membuat sesuatu tetapi tidak pasti apa yang hendak aku lakukan. aku sudah sampai ke rumah lebih kurang 2 hari yang lepas. di kolej tiada aktiviti yang dapat merangsang mood aku. selepas OSPE tadi aku rasa amat ringan. seperti melepaskan sebuah batu besar ke dalam laut. namun kerisauan menjelma. aku amat risau dengan paper body tissue yang agak mudah tetapi tidak aku dapat jawab dengan seluruh raga ku. arghhh geram, ku ingin belasah sesuatu. jika di sekolah dulu ada juga junior yang boleh dijadikan mangsa. namun kini aku lebih bermoral. dinding2 menjadi mangsa buku lima ku. geram!!

setelah OSPE aku terus ke Masjid HKL.. aku membaca hati al-quran dengan khusyu` dan cuba mengasingkan diri hanya dengan Nya hahh.. terasa lega. namun tidak aku buang semua kerisauan aku itu. menyimpan secebis risau takut2 bongkak menguasai diri. pulang ke kolej terasa diri ini kosong, ibu baru sahaja telefon dan menyuruhku pulang ke rumah. malas. penyakit rakyat melayu. namun esok nya aku pulang juga ke desa ku. terasa rindu. teringat kala aku bersama dengan tok (nenek kalau orang selatan) di halaman rumah nya dulu. kini tinggal kenangan. rumah nya juga seperti tidak dijaga. nekad dalam hatiku akan ku beli rumah pusaka ini dari makcik aku dan akan ku serikan ia seperti tok serikannya dulu.

esok nya aku pulang. kak syida menghantar aku ke duta. dalam perjalanan aku terlihat seorang penunggang motosikal ini tidak mengangkat tongkat motor nye.dia seorang melayu. ingin aku buka tingkap dan jerit agar ia sedar. perkara remeh ini pernah dikhabar kan oleh rakan maahad ku. Mat Yeh, katanya jika tongkat itu tersangkut dalam keadaan motosikal itu laju, ia boleh mendatangkan maut dan amat merbahaya. kak syida bawa kereta tidak begitu laju dan menyebabkan moto itu memecut ke depan. kemudian aku nampak sebuah kereta rapat ke arahnya lalu membuka tingkap dan memberitahu kepada penunggang moto tu yang tongkat nya tidak diangkat. lega. ada juga orang yang prihatin. dan lebih membanggakan dari seorang yang berbangsa cina.

sesampai di rumah aku terus tidur kerana kepenatan. aku tidak bersuara sepatah pon dengan ayah. cuma mengucap salam kemudian terus ke bilik. aku penat, aku risau, aku pening. shauqi pula baru pulang dari umrah. seronok dengar pengalamnnya yang pergi mengerjakan umrah seorang diri 2minggu lepas. esok hari nya seharian aku hanya menonton movie yang ada di dalam laptop shauqi. 3 hingga 4 buah cerita aku habiskan. aku cuba hilangkan saki baki sisa kerisauan aku. namun gagal.

petangnya aku dan shauqi ke kompleks. disitu ada sebuah trek joging dan kami pergi joging bersama. ya aku gembira. tidak seperti dulu, kini aku kian matang. jika dulu aku dan shauqi bagaikan anjing dengan kucing, sekarang kami lebih santai berbual tentang bermacam2 perkara. dia seorang pelajar law di UIA dan seorang debater yang amat terer. aku bangga, aku juga dulu seorang debater namun tidak setanding dia. mungkin darah ayah lebih dominen mengalir dalam tubuhnya bakal seorang lawyer. insyAllah. kami bersembang macam2 perkara. dari kawan kepada pelajaran sehinggalah politik dan hal2 dunia. aku puas. dan aku rasa perkara best apabila bersembang dengan nya aku tidak langsung berasa tertekan dan segala masalah ku tidak lagi membebani aku. kerisauan kian hilang. dalam percakapan itu ada juga dia selitkan 'seorang yang berjaya ialah orang yang berjaya bangun dari kegagalan, bukanlah berjaya itu bagi orang yang tidak pernah gagal'.

malam nya aku ke masjid. tiada seorang pon sebaya aku. semuanya dalam usia setengah abad. setelah membaca yasin aku terus menunggu untuk isya` berjemaah. tiba-tiba tangan ku ditarik.rupa2nya anas . sahabat sekolah rendah ku yang amat baik akhlak nya. kini dia belajar di UTP, dalam petroleum engineering. bangga aku. dia hanya seorang budak kampung, emaknya hanya menjual nasi lemak dan ayah nya pesara tentera namun tidak pernah kenal erti penat lelah belajar. di asyik menceritakan tentang kehidupan nya di UTP, tentang prospek kerjayanya nanti ya dari situ aku boleh nampak minatnya yang begitu mendalam dalam course yang die ambil itu.awal-awal lagi aku dah booking franchise stesen minyak nya jika dia berjaya mengusahakan syarikat minyak nya sendiri nanti. insyAllah aku mendoakan dia agar berjaya dalam pelajaran nya.


malam tadi tidurku tidak lena. aku habiskan 3 movie lagi sebelum tidur. mataku merah. aku ingin meraung tapi nanti ayah ingat kena sampuk plak. aku simpan sahaja perasaan itu dalam lubuk hati ku. terkenang di malam aku ingin interview ke maktab mahmud. aku selalu tidur dengan tok aku. jadi malam interview tu ayah suruh aku tidur lebih awal. namun dalam masa untuk tidur itu, tok mengajar ku sepotong doa yang diambil dari ayat quran. tok baca, aku ulang sehinggalah aku hafal dan terus tidur. dan Alhamdulillah aku dapat dan lulus interview masuk ke maktab mahmud. tok yang juga bekas seorang ustazah amat bangga cucunya dapat belajar di sekolah arab terkemuka itu. sehingga kini aku masih mengamalkan doa tersebut. rindu tok. nanti aku sertakan ayat yang tok bagi supaya sama-sama kita ambil manfaat ayat Al-quran insyAllah.

Satu lagi doa ialah doa nabi yunus tika di dalam ikan nun(tak salah aku). ketika aku menonton rancangan di tv 9 aku pernah tertonton satu rancangan usrah yang anda boleh tontonnya disini.
dalam rancangan itu di ceritakan pada zaman nabi, seorang pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak lelaki. dan mereka amat menyayangi anak mereka. pada satu ketika nabi menyeru umat islam untuk berjihad. anak lelaki mereka ini ingin sangat mengikut seruan jihad itu. ibu dan bapanya agak berberat hati namun kerana islam mereka melepaskan juga dia untuk pergi berjihad . setelah tamat perang, mereka menunggu kepulangan anak mereka. namun setelah betahun2 anak mereka tidak juga pulang. si emak berasa amat sedih. si bapa pula tidak keruan arah.mereka sangka kan yang anak mereka syahid. lalu bertemu lah si bapa dengan Rasullullah menceritakan penderitaan isterinya dan kesedihan beliau. lalu Rasullullah mengajar si bapa dengan doa nabi yunus untuk menenangkan ibu dan bapa ini. setelah beberapa hari. tiba2 pintu rumah mereka diketuk. si ibu agak terkejut, setelah membuka pintu dan dilihat orang yang berada di hadapannya itu ialah anak nya sendiri. mereka amat bersyukur.

aku terus mengulangi kedua-dua doa ini. aku tenang seketika. ya amat tenang. lalu terus tidur.
esok nya aku cuba menelefon pejabat. dan aku mendapat berita gembira. Alhamdulillah.

Doa Memohon Perlindungan
dari Kesulitan





"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Al-Anbiyâ':Ayat87).

Penjelasan:

Doa diatas hendaknya diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan.
Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam keadaan
marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus dipertemukan
Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut ikan
tersebutlah Nabi Yunus menyesal dan berdoa kepada Allah.Doanya dimakbulkan
Allah dan dia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.



Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati itu menjadi tenang dan tenteram, till then.. salam




posted under , , , |

6 comments:

fazrul mokhtar said...

the first thing that runs on my mind bila baca ur first few paragraphs;

aku rasa ko ni bleh jadi penulis novel.

ala2 monolog ko punya blog ni. hehe.

thanks for the doa tips

Anonymous said...

bhase yg agk skema.n ive told ya..hav faith in Him n insya allah evrything wil b ok

lel said...

hohohoho
got it dear!
nk rhsia sgt la ngn aku kn.
erm nyway matnas bercerita mengenai utp?
tu kan hobi dia.
sejak azali.
erm, anda penulis yg hebat!
tahniah atas penggunaan kata2 yg puitis,menarik&etc.

Ib said...

novel writer?weh ko jgn bagi idea pelik2 kat shamil.he gets excited VERY EASILY.hahha

yeah akan ku bace posting mu ini setiap kali ako berada dlm kesusahan.ako harap,ia akan dapat membantu (ahahahhaha ako sgt xder bakat fazrul?)

=P

Mat Iyas said...

weh shamsul! gempak giler ayat2 ko..
aku dapat rasai keseriousan ko!ahak~
lek ar..now u've pass the obstacle..cme after this, kne jd better la ek..
org nasihat tu dengar, jgn nak degil! tau la dah besaq (besaq ka?)..huu

akamil said...

That's quite an ego defense mechanism work you got there. Make sure it doesn't escalate or else were going to have the first psychotic blogger ;)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments