Post Hoc LSD


Salam..

The JKM


Alhamdulillah dah habis posting JKM.. da masuk hari isnin.. bila suma orang p kerja.. ak plak dok bilik dekat Kolej Tun Dr. Ismail ni melepak2.. bukan apa.. tenang fikiran mungkin. melakar strategi untuk posting seterusnya. Medical Posting. posting yang mencabar dan banyak bacaan. huuhhh..

Kini ak merindu tg. karang pulak. Jika o&g posting paling bermakna bagi ak, JKM ni ak rasa posting paling memberi pengajaran erti bersosial. penuh pengajaran. di sana jalan tak sesak, udara nyaman, tak banyak masalah, petang2 boleh main, mlm2 makan bersama. rindu ketika tgl di asrama dulu.

first time masuk ke rumah sewa dulu kami reramai pergi memberli belah di Billion tg.karang. ak rasa tempat beli belah kedua terbesar lepas TESCO. jangan memain tg. karang ada TESCO woo. kat billion beli belah makanan, barang2 rumah, sabun baru, cermin baru, sikat pon ada yg baru nak beli. haha. sungguh mengingatkan ku zaman silam.

di JKM ni kami makan bersama, bbq bersama, main bersama, kayak bersama, kalut siapkan report sama2, kalut masuk kampung kuar kampung sama2, rindu lah yang lain. lepas posting JKM ni ak dapat rasa hubungan erat dengan rakan2 posting. TAK KIRA CINA INDIA MELAYU. tu yang paling ak banggakan. Alhamdulillah takdak crita curi tulang besar2 mcm bdk2 posting sblm ni. curi tulang sikit2 tu biasa lah. namun ak nampak mereka semua faham tujuan ke tg.karang ni.



perjalanan posting kali ni pon tidak seperti bdk2 Posting JKM yang dulu, yg dengarnya banyak rileks. hehe kami rileks dan kami enjoy bersama. terharu.

itu tugasan tak formal. tugasan formal pula banyak juga. di sini kami perlu siapkan beberapa report. basically kami di bhagikan kepada 3 kumpulan. 1- general survey 2-specific survey 3-intervention program.


general survey ni geng yang akan conduct survey kesihatan yang telah diberi siap sedia soalan2 surveynya. dorang ni akan mengetuai dlm conduct survey kesihatan di kampung. time ni lah kena amek blood pressure, tinggi, berat ape semua tu. kemudian akan dipersembahkan dengan data statistic. dan laporan. banyak jugaklah kan nak kena siapkan tu sebab populasi beribu riban jugak.

kedua specific survey. owh ak ketua untuk geng specific survey ni. macam biasa tugas ketua bahagikan dan organise. alhamdulillah specific survey kami dipuji doctor. tajuk yang dibawa ialah H1N1. survey ni perlu disiapkan dengan satu proposal dan soalan2 survey. kemudian masuk kampung tanya dorang dan sediakan data statistic bersama report untuk dihantar kepada doctor.



dan ketiga ialah geng intervention. dorang ni akan baca statistic analisis kami dan membuat program untuk meningkatkan pengetahuan tentang h1n1. penat juga lah kena pegi balik dari rumah ke rumah untuk bagi pendedahan secara manual. e.g cara basuh tangan e.t.c

selain dari tu, kat JKM ni kitorang dikehendaki mengikuti fieldwork dari jabatan kesihatan daerah, kelinik desa, kelinik kesihatan dan hospital tg. karang. ni sempoi gak sebab berjalan2 merata2 di tg. karang. jika di jabatan kesihatan derah kami dibawa mengikut unit2 yang ada di bawah jabatan tu. unit vektor (yg tangkap nyamuk aedes tu, bukan aedes je byk gile lg penyakit bawaan vektor, yang ni ak dpat pegi foging, amek slide darah filariasis), unit penyakit berjangkit (ak pergi sekolah check org kene conjuctivitis outbreak), unit makanan (blaja cmana nak amek sample makanan) , unit bakas (unit kawalan alam sekitar dan saliran air, yeke camni, tapi gi masuk kampung tgk tandas2, saliran2 yang dibuat agar alam sekitar terjaga) unit kawalan mutu air ( pegi box tangki air amek sample air, dengan ujian2 tertentu, ph lah and macam2 lagi)



di kelinik dan hospital ak dpt jumpe nurse2 comel (itu je ko tau kan shamil?) hehe takdelah.. ak dpt belajar organisasi di situ. penting bila jadi Medical Officer nanti sebab semuanya akan diarahkan oleh ak sendiri. kalau ak taktau maka tak tau nak suruh nurse tu or check kerja nurse tu nanti. best2 :)





Selain dari tu report2 yang perlu kitorang siapkan :-

- Journal critique
- Laporan Pejabat Kesihatan Daerah
- SOCSO case study
- Reproductive hazard study
- Family case study
- Walktrough survey (survey hazard di tempat kerja, kaetan dengan occupational injury la lebey kurang)
- Diet practikum (belajar diet, nilai2 kalori dalam makanan, diet recall and etc.)



dan lain2.. yg minor2 lagi.. ape2 pon best lah posting ni. good friends, good foods, everything good lah.. ak naik 5 kg kat sini. wah seronok nye.. hehehehe




Guys
Raya Haji

raya haji hari tu ak balik kejap. cuti 4 hari kot. seronok pulak dapat balik penang sbb da lame tak balik. Alhamdulillah hari raya tu sempat gi semayang raya. siot terbangun lambat haha. dan selamat lah seekor kibas di korban kan. pergh kibas tak mcm comel lak kan haha. daging kibas ni satu dia tak berbau mcm daging kambing biasa. so sedap lah.

so lepas dpt daging korban skali ibu suruh ak organise bbq. wah da la baru lepas bbq party kat tg.karang, kat umah bbq lagi? ok on je kan. kibas bakar lak sape tak goyang jack haha. dan ak buat marinade seniri atas resipi mak ngah.. byk gak lah kibas ak marinade, skali ngan ayam. sedap juga ak rasa2 tu huhu.

malam nya ak jemput rakan2 sekolah permatang bertam. ramai juga hadir walaupon lambat. tapi alhamdulillah habis semua. huuu lepas dari bbq tu pulak bdk2 tu ajak kuar. hmm ak pon nak kena balik ke tg. karang dah esok nye tu. dorang bw g karaoke.

perggghhh memang lah ak slalu karaoke suare cam david archuletta kan? erghh skali tesangkut time lagu salim.. hahaha hancus terus suara ak.. tapi seronok lah dpt beramai2 nyanyi. malam tu asyraf (student architect upm) anas (petro, utp) naim ( multimedia, cosmo) apaq (engine) fawaz (electronic) azri (engine usm) putra (electrical) da cam nak pecah bilik tu kot..

ape2 pon ak beterima kasih gak la sbb time tu pon dok serabut kepala ngan report2 melambak. harap kita kan kekal bersahabat. selamanya :)


Jumpa lagi :)

1 comments:

eira said...

senyum selalu :))

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments