Pancit da Putrajaya





hmm.. penat lah sebenarnye hari ni.. betambah ngan demam.. badan kurang merasa deria disekeliling.. pening.. selsema.. sape suruh cari pasal kan? kan da demam.. huhu

hari sabtu aritu shafiq ghani ajak g kenduri kakak die kat putrajaya.. ye.. sungguh lama ak tak bersua dengan dorang.. lama sangat..dan lebih menyeronokkan ialah Hidir juga akan hadir. ntah.. bila ak sebut name hidir, ak seolah2 meremang, sebak. ak tak tau nape. ak amat rindu die.

aku teringat tika dulu, abg hamdhan ada menerangkan perkara ini pada ku. bagaimana persahabatan itu dpt membawa kearah keredhaan Ilahi.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yan
g bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya ap
a yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

dan yang ke 4 itu amat ak ingin jadikan contoh dan ikutan bagi diri aku. ya, ini yang ak harapkan dari semua persahabatan yg aku jalin. tak kira dengan siapa pon.

Apa sebenarnya takrifan sahabat bagi ak?
Sahabat bagi ak ialah segalanya. bila ak lihat wajah nya, keredhaan Allah yg ak nampak. bila ak pandang senyumannya, ak akan teringat akan amalan2 ku..bila ak jauh darinya dia sentiasa mendoakan ak, yang akan mengingatkan ku tika ak lupa, dan yang bersahabat dengan ku kerana Allah.


Hidir ialah sahabat aku.

siapa hidir ni? die ni dulu rakan seperjuangan ak kat maktab mahmud, kami selalu bersama, perahu bersama, gila2 bersama, merapu bersama, macam2 lah pengalaman yg tak dpt dilupakan ak rasa ada bersama hidir, mungkn pemikiran dan fikrah yg sama membuatkan kami bebas membincangkan pelbagai isu tanpa rasa segan silu dan menjadi rapat.

sejak di sekolah menengah lagi kami mempunyai cita2 yg sama, iaitu menjadi seorang doktor, namun hidir mendapat tawaran ke darul quran, ak amat cemburu dengan die.. ak teringin mengikut die ke darul quran, tapi ntah dalam hati ak pule merase yg ak tak mampu..dulu time SPM tiap malam kami akan pecah masuk libry dan study berdua. bukan apa, kerna pada ketika tu sume kawan2 laen mcm amat mementingkan program dari SPM. jadi kami lari dari semua org dan cuba belajar berdua. dulu kami juga ada ambil tusyen kelas sains secara senyap2. tinggal di asrama tidak dapat hadir ke tuisyen2 luar tapi mcm mana nak score jika waktu belajar di kelas pon sedikit je tanpa bantuan kelas tambahan? ya mmg ada org yg score tanpa kelas tambahan namun kami rase yg kami perlu berusaha sehabis baek dan ignore kate org laen.

Hidir kini seorang hafiz dan pelajar undang2 di UIA. namun begitu die tetap bicara dengan ak yg dia amat meminati perubatan. ak sedih, ape ak nak jawab? Allah punya rancangan Nya.

Hari sabtu aritu kami bertemu. setelah agak setahun tidak bertemu. kali terakhir ialah ketika hidir mengalami accident. accident yg kalau ak dapat org yg langgar die, ak bunuh die beb. die di seret oleh kereta yg menyebabkan tulang2 tapak tangannya hancur dan tulang peha kanannya patah dan terpaksa di masukkan besi. ak menangis bila dapat tahu hidir accident. ketika tu ak baru saje menjejakkan kaki ke UKM. terus ak balik ke penang dan ke hospital sungai petani untuk melawat hidir.

ibu ngan ayah pulak tak bagi, katanya pelajaran itu lebih penting. ak da panas. namun ak degil dan tetap balik melawat hidir. ketika di hospital hidir tak sedar. die tak dpt igt. dan semasa di sana asyik tutup mata dan mengahalau org yg melawat die. bila ak dekati hidir, ak hanya tersenyum hambar, ak panggel name die, dan bila die buka mata dan tgk ak, die senyum!!.. kemudian tutup kembali mata die.

mak die gtau slame die accident tak penah lagi die senyum, sehinggalah ak melawat die. perghhh sebak beb.. dan die asyik meracau2.. sedih nye ak.. namun yg bagusnya dia masih lagi ingat hafalan2 die..

dan sabtu aritu kami bertemu. bersalam dan berpeluk, hiba lagi ak dibuatnya. selama di putrajaya kami berjalan bersama. macam2 yg disembangkan, bab kawen lah, bab perahu panjanglah bab pelajaran dan kehidupan die skang ni. ak amat rindu die. sangat2. die juga banyak nasihat ak, agar menjaga diri sebagai Muslim.

petang nya ak terpaksa mengundur diri dan dia pula terpaksa pulang ke nilai. kami bersalam. dia kene tunggu train di sebelah sana. bila train ak sampai ak sempat lambai kepada dia dan dapat ak baca gerak bibir die 'jumpa lagi'


insyAllah hidir.

esok PBL.. demam bace buku tak best .. huhu

entry ni agak depress .. dan penyusunan ayat kurang baek sbb demam..

take care

posted under , , |

2 comments:

fazrul mokhtar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam,
lama x melawat blog ko sbb aritu blog ko cume tuk invited readers je...
hidir ni dlu kelas mane eh?5 sc berape?
bagus la persahabatan korang...
moga terus berkekalan ke akhir hayat..

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments