Minyak oh minyak

Perkara yang telah menarik perhatian aku minggu ini adalah berkenaan dengan harga minyak yang telah melonjak naik lagi ke RM2.70 seliter. fuhhh harga yang agak tinggi dan di sini agak malas untuk aku membanding-bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain. semua sudah faham dan arif tentang isu ini. namun aku sebagai pengguna jalan raya dan juga pengguna bahan-bahan runcit lain agak terkena akan tempias hasil kenaikan harga minyak ini.

namun dalam keadaan hanya sebagai pengguna yang tidak dapat berbuat apa-apa ( mungkin boleh la jika membuat demonstrasi besar-besaran untuk penurunan harga minyak tapi belum tentu boleh turun pon) di waktu ini aku berfikir adalah bukan marah dan mengganas menjadi satu tindakan yang wajar tetapi apa yang patut kita lakukan untuk menghadapi masa-masa akan datang adalah lebih penting.

dikala ini aku masih terfikir akan monorail yang ingin dilaksanakan di pulau pinang yang akan melalui queensbay mall itu. ya monorail agak kecil mungkin boleh diganti dengan lrt kot sebab pulau pinang agak besar. tapi yang penting apabila harga minyak naik perlu lah kita mencari alternatif lain. monorail, bus, taxi,lrt perlu dijadikan alternatif itu.

sebenarnya apa yang aku bayangkan ini?? hehe aku cuma bayangkan jika aku adalah pihak yang menyediakan atau ada share setidaknya dalam memberikan perkhidmatan awam ini. namun masalah melanda apabila aku sedar bahawa aku hanyalah seorang pelajar ukm yang perlu mementingkan pelajaran dan tiada masa dalam menangani masalah ini. bukan itu sahaja dengan pendapatan ptptn ini aku agak kecewa untuk memulakan pelaburan. namun ini bukan lah angan-angan kosong ya~ hehe akan ku cuba usahakan... (merepek lagi)

hummmm minggu ini juga adalah minggu azab aku dalam mengharungi arus sebagai pelajar perubatan di ukm ni... buat pertama kalinya aku perlu menduduki semula semua papers yang aku telah fail.. agak tertekan kerana ada juga hari yang mana aku perlu duduki 2 kertas, pagi dan petang dalam satu hari. namun aku gigihkan diri. Alhamdulillah semua da berlalu. tinggal ujian praktikal sahaja lagi yang akan diadakan hari selasa ini.ku harap aku dapat teruskan ke pengajian tahun dua tanpa ada masalah. doakan aku ya.

posted under , , |

0 comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Cheras, HUKM, Kuala Lumpur, Malaysia
An observer, a thinker

Countdown to professional exam

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Followers


    Recent Comments